Akar umbi harap UMNO bangkit dan berubah segara

 

PETALING JAYA: Apabila Umno ditubuhkan pada 1946, erti kekalahan mungkin tiada dalam kamus ahlinya ketika itu yang fokusnya berjuang mencapai kemerdekaan seterusnya membangunkan negara dipandu enam perdana menteri.

Bermula Tunku Abdul Rahman sehingga Najib Razak, 2018 menjadi “mimpi buruk” buat parti yang mempunyai lebih tiga juta ahli apabila hilang Putrajaya kepada bekas presidennya Dr Mahathir Mohamad, mewakili Pakatan Harapan (PH).

Walaupun pemimpinnya Ismail Sabri Yaakob kembali menduduki kerusi perdana menteri pada 2021 hingga 2022, ia tidak memberi kelebihan buat Umno pada PRU15 apabila hanya menang 26 kerusi daripada 30 dimenangi Barisan Nasional (BN).

Pada PRN di Selangor, Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu dan Kelantan pula, Umno hanya menang 19 daripada 108 DUN ditandingi. Parti itu tewas pada PRK Kemaman namun mujur menyelamatkan maruahnya apabila mempertahankan DUN Pelangai di Pahang.

Jamilah Sariman.

Di sebalik rekod kurang cemerlang itu, masih ada ahli akar umbi kekal setia termasuk Jamilah Sariman, 59, dari Teluk Intan yang mengharapkan ada sinar untuk parti mempunyai struktur hampir sempurna di Malaysia.

“Memang kecewa bila kalah, ibarat jatuh ditimpa tangga waktu itu. Namun kita kekal dan harap ada perubahan segera.

“Kalau panjang umur mak cik nak tengok Umno kembali memerintah tetapi dengan telus, jangan ada sikap tikam belakang,” kata pemimpin akar umbi itu kepada FMT.

Malah, harapan Umno bangkit turut disuarakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang berharap pimpinannya kerap turun padang bertemu ahli akar umbi dan rakyat untuk menjelaskan beberapa isu membelenggunya terutama hubungan dengan DAP.

Kerjasama dengan DAP untuk membentuk kerajaan perpaduan pasca PRU15 diakui seorang ahli Pemuda Umno dari Perak Shahrul Mohamad Isa menjejaskan sokongan orang Melayu kepada parti itu berdasarkan keputusan PRN.

Shahrul Mohamad Isa.

“Ramai pengundi lama bila Umno bergabung dengan DAP (dalam kerajaan perpaduan) mereka pun beralih kepada lawan,” kata Shahrul, 25.

Bagi penganalisis politik dari Universiti Malaya, Awang Azman Awang Pawi, segala perkembangan sejak 2018 harus menjadi peringatan dan amaran buat Umno supaya tidak lagi boleh berharap kepada undi penyokong lama.

Menurutnya, Umno tidak boleh selesa berada dalam kerajaan dan pada masa sama menjadi rebutan antara PH serta Perikatan Nasional (PN) untuk menjalinkan kerjasama membentuk pentadbiran di Putrajaya.

Awang Azman Pawi

Awang Azman berkata, Umno boleh memanfaatkan kedudukannya dalam kerajaan perpaduan untuk membina semula kekuatan dan kepercayaan rakyat khususnya pengundi Melayu.

“Bahaya jika mereka terus selesa kerana dapat berada dalam kerajaan walaupun cuma ada 30 kerusi, PRU nanti belum tahu lagi nasib Umno jika tidak berubah,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lagu itu Awie tujukan kepada saya – Erra Fazira

“You need help’ Fatiya – Zarina Anjoulie

Gajah bergaduh di Jalan Jeli-Gua Musang

Saya tak ‘demand’ – Anne Ngasri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker