Pemuda Umno gesa buang filem 1MDB di Netflix
Pemuda Umno gesa buang filem 1MDB di Netflix
Pemuda Umno menggesa kerajaan mengarahkan Netflix untuk mengeluarkan dokumentari berkaitan skandal 1MDB Man on the Run.
Ketua pergerakan itu Muhamad Akmal Saleh berkata menggesa Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) segera mengarahkan Netflix berbuat demikian.
“Penyiaran kandungan ini adalah merupakan suatu bentuk perbicaraan media tatkala Najib Razak masih berhadapan dengan perbicaraan di mahkamah, dan mempunyai niat jahat untuk membentuk persepsi yang negatif ke atas beliau.
“Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pihak-pihak di dalam dokumentari ini juga merupakan suatu penghinaan kepada prosiding mahkamah yang sedang berjalan, dan ini merupakan suatu isu yang perlu dipandang secara serius oleh semua pihak,” katanya.
Semalam, pasukan peguam Najib Razak menghantar surat kepada Fahmi memohon tindakan itu.
Mereka memberi alasan terdapat komen menghina mahkamah kerana perbicaraan kes rasuah 1MDB bernilai RM2.27 bilion terhadap bekas perdana menteri itu sedang berjalan.
Peguamnya juga berkata dokumentari memuatkan pandangan fitnah, subjudis, prejudis, berat sebelah.
Ia juga “belum dan/atau tidak pernah dibuktikan melalui sama ada keterangan dokumentari mahupun keterangan lisan saksi-saksi yang telah dikemukakan dalam mana-mana perbicaraan”.
Pada 8 Jan, pada permulaan perbicaraan Mahkamah Tinggi 1MDB, peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah mengenai hasrat Najib agar kerajaan memaksa Netflix mengeluarkan dokumentari itu.
Sementara itu, dalam kenyataan hari ini, Pemuda Umno mengutuk sekeras-kerasnya penyiaran dokumentari itu.
Selain senada dengan peguam Najib, pergerakan itu juga menyifatkan kandungannya melampau.
“Malah, ada kandungan yang bersifat melampau seperti mengaitkan Dato Sri Najib terlibat dengan kes pembunuhan Altantuya (Shaariibuu) dan Kelvin Morais,” kata Akmal. Mk
Pemuda Umno gesa buang filem 1MDB di Netflix
Baca Artikel Menarik:
- Main tak pakai otak, smash saja – Rexy
- KPT tidak terima arahan tutup Uniten
- Mungkin aset saya dah bernilai lebih RM50 bilion sekarang – Daim
- PM France lantik ‘suami’ jadi Menteri Luar
- Saya masih berdendam dengan Aiman – Fatiya Latiff
- Zahirah ‘beauty with brain’, Fatiya pulak?
- Isteri Aman Graseka tak berani komen [VIDEO]
- Kalau Teresa masih tak faham, tambah dos 2 sudu sawit sehari – Ka Siong
- Shiera cari Aman Graseka
- 17 gambar kemaluan tidak dikenal pasti milik siapa
- Janganlah sombong sangat
- Polis direman disyaki rogol pelajar asing
- Bapa mangsa prank saman guru, KP pendidikan dan kerajaan
- Badan Peguam “busy body” – Zahid
- Ada ahli parti tak selesa Sanusi karaoke sampai pagi – PAS
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
“You need help’ Fatiya – Zarina Anjoulie
Saya tak ‘demand’ – Anne Ngasri