Baru tingkatan 3 sudah berani samun warga asing

CHERAS – Tiga pelajar bertindak berani mati apabila menyamun seorang warga asing di Taman Connaught, baru-baru ini dengan bersenjatakan pisau.

Walau bagaimanapun, kegiatan sekumpulan remaja terbabit tidak berpanjangan setelah ditahan kira-kira pukul 2 pagi, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ridzuan Khalid berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras telah membuat risikan sebelum tangkapan dibuat.

Ujarnya, ketika kejadian mangsa yang merupakan warga asing tidak mengalami kecederaan namun jumlah kerugian yang ditanggung adalah kira-kira RM500.

“Ketiga-tiga remaja terbabit merupakan warga tempatan berusia 14 hingga 15 tahun.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. Reman ke atas ketiga-tiga suspek dibenarkan selama lima hari bermula hari ini hingga Ahad.

“Pihak Polis Cheras memberi amaran keras agar orang ramai tidak terlibat dengan apa-apa kegiatan yang melanggari undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, sekiranya orang ramai mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing

Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan

Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)

Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker