Tindakan Ngeh kaitkan PN dengan serangan Molotov Cocktail buat PAS melompat

PAS Perak menyelar anggota Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham kerana mengaitkan Perikatan Nasional (PN) dengan kejadian kebakaran di kediamannya di Ayer Tawar awal pagi tadi.

Pesuruhjayanya Razman Zakaria berkata, Ngeh ketika sidang akhbarnya hari ini mendahului siasatan polis.

Justeru menurut Razman, ia sekali gus memperlihatkan pemimpin DAP tersebut tidak memberi kepercayaan penuh terhadap profesionalisme pihak polis.



“Membuat tuduhan untuk meraih sentimen politik dengan kejadian jenayah adalah bersifat melulu dan melampau.

“Tuduhan Ngeh seakan menyambung tuduhan Nga Kor Meng bahawa PAS adalah Taliban.

“Ngeh juga dilihat cuba menggambarkan imej buruk bukan hanya kepada PN, tetapi juga Islam kerana dikaitkan dengan isu kebiadaban beliau mencampuri urusan Islam baru-baru ini,” kata Razman dipetik akhbar rasmi partinya Harakahdaily.

Razman yang juga ketua pembangkang Perak mengulas dakwaan Ngeh bahawa insiden kebakaran awal pagi tadi antaranya berpunca daripada tindakan PAS dan Bersatu “mengapi-apikan” supaya orang membencinya.



Ngeh pagi tadi, kira-kira 10 jam selepas kejadian, berkata dia memaafkan pihak yang melontar bom botol sehingga menyebabkan kebakaran yang merosakkan kereta dan rumahnya.

Bagaimanapun dia menuding jari kepada PAS dan Bersatu yang didakwanya mengapi-apikan isu supaya orang membencinya.

Ngeh mendakwa serangan itu berpunca daripada kenyataannya sebelum ini berhubung cadangan supaya bukan Islam menganggotai jawatankuasa mengkaji perundangan syariah.

Ngeh telah pun meminta maaf dan menarik balik kenyataan itu, antaranya atas alasan tidak tahu jawatankuasa itu telah dibentuk oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang dipengerusikan Sultan Selangor.



Bertenang, kata Razman

Sementara itu, Razman meminta Ngeh agar bertenang dalam menghadapi musibah dan tidak menunding jari kepada pihak lain.

Menurut Razman, Ngeh juga tidak sewajarnya membuat tuduhan yang boleh mengapikan sentimen agama susulan kenyataannya sebelum ini.

Razman turut berharap kes itu diselesaikan segera dan pihak polis diberikan kepercayaan menguruskan isu jenayah secara profesional tanpa dikaitkan dengan sentimen politik.



Sementara itu, Razman juga turut merakamkan simpati kepada Ngeh sekeluarga.

Awal pagi tadi rumah Ngeh dilontar dengan bom botol, menyebabkan kebakaran yang merosakkan tiga buah kereta dan bumbung anjung rumahnya.

Ketika kejadian Ngeh dan isterinya dilaporkan tidur.

Mereka hanya tersedar apabila dikejutkan oleh pasangan yang lalu di depan rumahnya yang membunyikan loceng.



Kes disiasat bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan khianat dengan api. Polis sedang mengesan suspek jenayah itu.

Setakat ini belum jelas motif perbuatan itu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing

Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan

Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)

Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker