Remaja kurang upaya rentung, gagal keluar selamatkan diri

Seorang remaja lelaki berusia 12 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) rentung dalam kebakaran melibatkan melibatkan enam lot kedai di Lorong Liu Shan Bang 6C, Kota Sentosa, Kuching, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Henderi Ardimansyah, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran pada 3.30 petang.

Beliau berkata, susulan itu jentera dengan kekuatan 40 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang, Tabuan Jaya dan Kota Samarahan digerakkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa iaitu remaja OKU yang tidak dapat bergerak secara normal dijumpai rentung di ruang tamu tingkat atas di satu daripada lot kedai yang terbakar.

“Punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya menurut Bernama.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing

Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan

Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)

Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker