Jualan RM1,000 sehari, stok penuh rumah PPR

Baju jenama tiruan yang dijual secara 'live' di platform TikTok

Jualan RM1,000 sehari, stok penuh rumah PPR

Georgetown: Seorang pemuda meraih RM1,000 sehari hasil berniaga baju jenama tiruan di media sosial selama enam bulan sebelum kegiatannya dibongkar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, A Mogan, berkata serbuan pada jam 3 petang itu mendapati lelaki berusia 27 tahun terbabit menjadikan satu rumah flat Projek Perumahan Awam (PPR), di Air Itam di sini, hari ini sebagai tempat simpanan stok pakaian jualannya dengan bayaran sewa RM500 sebulan.



Menurutnya, pemeriksaan ke atas premis berkenaan menemukan pakaian menggunakan cap dagangan berdaftar pelbagai jenama ternama disyaki palsu yang memenuhi segenap ruangan flat yang terletak di aras paling bawah sehingga hampir mencecah siling premis terbabit.

“Jumlahnya terlalu banyak dan belum habis dikira tetapi pihak kami sudah menyita 5,050 helai pakaian menggunakan cap dagangan jenama berkenaan untuk siasatan lanjut yang dianggar bernilai RM40,400.

“Serbuan itu dijalankan selepas pihak kami menerima aduan daripada pemilik wakil cap dagang dengan modus operandi kes ialah lelaki terbabit menjalankan aktiviti jualan melalui siaran langsung menggunakan aplikasi media sosoal,” katanya kepada pemberita.

Mogan berkata, berdasarkan siasatan awal, lelaki itu mendakwa dia telah menyimpan stok pakaian tersebut yang diperoleh daripada pembekal dari Kuala Lumpur sejak 2020 namun dia hanya mula menjual barangan tersebut termasuk secara langsung menerusi platform TikTok sekitar pertengahan tahun lalu



Beliau turut tidak menolak kemungkinan baju yang dijual pada harga serendah RM8 tersebut akan dipasarkan secara lebih meluas menjelang musim perayaan Tahun Baharu Cina akan datang.

“Lelaki itu kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Cap Dagangan 2019 dengan KPDN mengalu-alukan maklumat dan aduan orang awam berhubung aktiviti penjualan barangan tiruan,” katanya. HM

Jualan RM1,000 sehari, stok penuh rumah PPR

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing

Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan



Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)

Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker