Ismail Sabri sudah ‘mengadap’ SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merakam keterangan bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob semalam, kata Ketua Pesuruhjayanya Azam Baki.

“(Ini) bagi membantu siasatan berhubung penggunaan dana RM700 juta yang dibelanjakan untuk tujuan publisiti dan promosi semasa pentadbiran terdahulu,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Utusan Malaysia melaporkan proses mengambil keterangan Ismail Sabri berlangsung hampir 5 jam dari pukul 10 pagi sehingga pukul 4.45 petang.



Keterangan Ismail Sabri diambil bagi siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 dan Akta SPRM 2009.

Selain anggota parlimen Bera, SPRM dilaporkan turut menyiasat beberapa bekas pegawainya, termasuk pembantu Ismail yang dilantik secara politik ke jawatan kanan di Pejabat Perdana Menteri pada masa itu.

Siasatan itu dilaporkan dibuat empat hari selepas menteri komunikasi merangkap jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil berkata rakyat berhak tahu berkenaan perbelanjaan RM700 juta untuk iklan dan publisiti oleh dua pentadbiran terdahulu.

Pada November lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mendedahkan sebanyak RM700 juta dibelanjakan antara 2020 dan 2022 untuk menunjukkan pencapaian kerajaan.



Anwar memberitahu Dewan Rakyat bahawa sebanyak RM500 juta dibelanjakan ketika pentadbiran Muhyiddin Yassin dari 2020 ke 2021, manakala RM200 juta lagi ketika pentadbiran Ismail (2021-22).

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing

Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan



Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)

Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker