Daim dianiaya kerana kaya, dakwa isterinya
Daim dianiaya kerana kaya, dakwa isterinya
Siasatan berkaitan rasuah terhadap bekas menteri kewangan Daim Zainuddin dibuat kerana kejayaannya yang dijadikan alasan untuk memfitnah, dakwa isterinya Naimah Khalid.
Dalam kenyataan dibaca sebelum memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), beliau turut mendakwa wujud kempen memutarbelitkan untuk memburukkan dan menggambarkan suaminya sebagai perasuah kerana sangat kaya.
Menurutnya, sebagai sebuah negara bebas dan mengamalkan demokrasi, tidak menjadi kesalahan untuk berjaya dalam bidang perniagaan malah menguntungkan negara melalui pembinaan ekonomi serta peluang pekerjaan.
“Suami saya dianiayai disebabkan kejayaan itu, kejayaannya kini dijadikan alasan untuk memfitnah nama baiknya dan menggambarkannya sebagai seorang perasuah,” katanya yang ditemani dua anaknya Muhammed Amir dan Muhammed Amin.
Siasatan terhadap Daim itu dipercayai berkait sitaan bangunan Menara Ilham milik Daim oleh SPRM pada Disember lalu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan Daim sedang disiasat kerana dipercayai terlibat rasuah dan pengubahan wang.
Dalam pada itu, Naimah juga menegaskan suaminya adalah seorang ahli perniagaan berjaya dan menjadi hartawan sebelum menganggotai Kabinet pada 1984.
Dakwanya, walaupun Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak menyukai Daim, beliau seharusnya menghormati prinsip seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah
“Inilah yang dilakukan perdana menteri yang beberapa kali kebelakangan ini mendakwa suami saya memiliki kekayaan haram tanpa memberikan sedikit pun bukti.
“Adakah perdana menteri mencadangkan ahli perniagaan Melayu yang berusaha keras dan berkebolehan tidak boleh menjadi kaya tanpa menggunakan jalan tidak sah atau haram?,” katanya.
Anwar sebelum ini menafikan sebarang motif di sebalik penyitaan bangunan itu dengan berkata, langkah berkenaan menunjukkan agensi antirasuah itu akan menyiasat sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang mahupun kedudukan mereka.
Daim kemudian membidas Anwar dan SPRM berhubung siasatan itu yang disifatkannya sebagai “pemburuan”.
Dalam kenyataan di AstroAwani Daim mendakwa, beliau tidak dimaklumkan mengenai kesalahan yang didakwa dilakukannya.
Beliau juga mendakwa ada “usaha terancang” untuk memburuk-burukkan dirinya, dengan mengeluarkan maklumat salah dan “sindiran tidak berasas”. FMT
Daim dianiaya kerana kaya, dakwa isterinya
Baca Artikel Menarik:
- 2024 Golden Globe awards winners full list
- Kalau kasut harga puluhan ribu letak di kaki, kenapa bila tudung mahal cakap riyak?
- Haram terima bantuan UMNO, kesan budaya khawarij parti tunggang Islam
- Ustaz maut dihempap pikap dalam nahas ketika tinjau peperiksaan SPM
- Kami belum mandi – Pelajar UMS beritahu Zambry (Video)
- Seleweng dana, bekas PM akan dipanggil SPRM
- Sanusi dakwa dia sasaran sebenar dalam siasatan KFA
- Man On The Run di Netflix subjudis terhadap Najib – peguam
- Bandar Kota Tinggi lumpuh akibat banjir
- Istiadat perkahwinan Putera Mateen, Dayang Anisha bermula
- Sarah jual gummy viral tampung kos pengajian
- Percanggahan dakwaan 120 SD
- Detik cemas wanita hanyut bersama kereta dalam longkang [VIDEO]
- Kedai makanan laut ‘cekik darah’ di Pangkor diserbu KPDN [VIDEO]
- Isteri parah ditikam, suami maut terjatuh dari kondo 17 tingkat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing
Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)