Wanita berbaju hijau curi emas RM41,000 diburu

Wanita berbaju hijau curi emas RM41,000 diburu

KUALA PILAH – Polis kini sedang mengesan seorang wanita yang disyaki mencuri barangan kemas bernilai RM41,000 dari sebuah kedai emas di daerah ini, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Gani berkata, wanita itu disyaki melakukan perbuatan tersebut dalam kejadian kira-kira pukul 4.05 petang 3 Januari lalu.

Menurut beliau, semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati wanita berkenaan memakai baju berwarna hijau, berseluar hitam,memakai tudung, bercermin mata dan memakai pelitup muka.

“Wanita berkenaan yang berpura-pura sebagai perlanggan pada mulanya mencuba barang kemas tersebut dan kemudiannya melarikan barang kemas itu.

“Saspek telah melarikan dua utas rantai tangan emas seberat 132.75 gram dan pemilik kedai emas telah mengalami kerugian sebanyak RM 41,085,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Amran lagi, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan hukuman pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun dan boleh juga di kenakan denda.

Menurutnya, pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Ridhuan Rosli ditalian 014-6263495 atau 06-4842222 atau mana-mana balai polis berhampiran. K Online

Wanita berbaju hijau curi emas RM41,000 diburu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing

Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan

Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)

Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker