Mufti terkejut cadangan Rosyam mengenai rumah pelacuran

Mufti terkejut cadangan Rosyam mengenai rumah pelacuran

Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor terkejut dengan cadangan pelakon popular, Rosyam Nor supaya rumah pelacuran dibuka khusus untuk pekerja asing.

Wan Salim berkata, cadangan sedemikian seolah-olah menggalakkan maksiat, sedangkan tiada agama menyukai penganutnya terjerumus ke “jurang yang keji dan merosakkan”.



“Cadangan sedemikian seolah-olah menggalakkan maksiat di negara ini, sedangkan ramai dalam kalangan pekerja asing itu mereka yang beragama Islam.

“Malah, pekerja bukan beragama Islam sekalipun tidak sepatutnya digalakkan kepada perbuatan yang hina itu,” katanya kepada FMT.

Rosyam dilapor mengemukakan cadangan agar rumah pelacuran khusus untuk pekerja asing dibuka, menurut Malaysiakini semalam.

Pelakon popular itu juga dilaporkan berkata, dengan menyediakan rumah pelacuran itu, sekurang-kurangnya kes rogol dapat dikurangkan.



Mengulas lanjut, Wan Salim berkata, masyarakat seharusnya saling bantu-membantu ke arah kebaikan, termasuk mengingatkan pekerja asing tentang bahaya melibatkan diri dalam perlakuan keji serta kesan buruknya ke atas semua pihak.

“Di samping itu, mewujudkan rumah pelacuran di negara ini amat bercanggah kedudukan Malaysia sebagai negara yang menobatkan Islam sebagai agama persekutuan di dalam Perlembagaannya.”

Katanya, pekerja asing perlu maklum tentang hakikat di Malaysia dan mesti menghormati undang-undang serta peluang yang diberikan kepada mereka untuk mencari rezeki.

Beliau berkata, tiada sesiapa boleh menjamin rakyat tempatan, termasuk mereka yang beragama Islam tidak menjadi pelanggan rumah pelacuran.



“Cadangan ini tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya akan mengundang lebih banyak masalah.” FMT

Mufti terkejut cadangan Rosyam mengenai rumah pelacuran

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing

Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan



Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)

Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker