6 polis dicekup disyaki proses ketum

Empat daripada mereka kini ditahan kerja dengan rampasan melibatkan peralatan proses ketum dan 18kg daun ketum.

6 polis dicekup disyaki proses ketum

Enam anggota polis dicekup kerana disyaki terlibat memproses daun ketum dan kesalahan melibatkan bahan terlarang itu, kata Ketua Polis Brickfields Amihizam Abdul Shukor.

Beliau berkata, penahahan empat anggota dilakukan Cawangan Risikan/Operasi Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, di sebuah kediaman di Jalan Puchong, Kuala Lumpur, 2.15 pagi 4 Jan lalu.

Katanya, empat anggota itu berusia lingkungan 24 hingga 38 tahun, selain polis turut merampas 18kg daun ketum termasuk air ketum berkapasiti 13,500ml dengan nilai keseluruhan RM420.

“Turut dirampas peralatan memproses daun ketum, lima pasang uniform polis dan wang tunai berjumlah RM1,200,” katanya dalam kenyataan.

Amihizam berkata, susulan tangkapan tersebut membawa kepada penahanan dua lagi anggota polis berusia 31 hingga 35 tahun di sekitar kawasan IPD Brickfields, hari sama, pada 4.45 petang.

“Tangkapan seterusnya melibatkan seorang lelaki berusia 30 tahun di sekitar Jalan Klang Lama dan merampas minuman mengandungi air ketum,” katanya.

Katanya, semua suspek direman bermula 4 hingga 6 Jan bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan empat anggota polis tersebut akan dikenakan tindakan tahan kerja.

“Jumlah keseluruhan yang dirampas boleh dibekalkan kepada 180 pengguna,” katanya.

Beliau berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Brickfields masih menjalankan risikan serta siasatan bagi mengenal pasti ahli sindiket terlibat dan sumber bekalan.

Katanya, sebarang maklumat boleh disalurkan di talian 03 22979222 sambungan 553 bagi membantu siasatan. FMT

6 polis dicekup disyaki proses ketum

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing

Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan

Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)

Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker