Wan Ahmad Dahlan dilantik KPPA baharu

Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz (kanan) dilantik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) yang baharu berkuat kuasa esok. – Foto Facebook Mohd Zuki Ali

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dilantik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) yang baharu berkuat kuasa esok.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali yang mengumumkan pelantikan itu dalam kenyataan hari ini berkata ia bagi menggantikan Datuk Seri Dr Zulkapli Mohamed.

Beliau berkata pelantikan Wan Ahmad Dahlan telah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Wan Ahmad Dahlan, 58, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera Ilmu Komunikasi (Kepujian) dari Universiti Airlangga, Surabaya, Indonesia dan Ijazah Sarjana Pengajian Strategik dan Pertahanan dari Universiti Malaya.



Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 29 tahun sejak sejak mula menyertai perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Pengangkutan pada 25 Jan 1995.

Wan Ahmad Dahlan pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Pengelola Bijaya Diraja di Istana Negara serta di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Pelantikan ini berdasarkan pengalaman luas beliau dalam pelbagai bidang termasuk dasar, pengurusan dan perkhidmatan.

“Saya yakin dengan pengalaman serta kredibiliti yang dimiliki, beliau mampu menggalas tanggungjawab diamanahkan ini bagi menyokong usaha serta memastikan pembaharuan sektor awam selari dengan aspirasi Malaysia MADANI,” katanya.



Sementara itu, Mohd Zuki berkata kerajaan turut merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Zulkapli atas khidmat bakti beliau sepanjang perkhidmatan sebagai KPPA sejak pelantikannya pada 27 Feb tahun lepas.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing

Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan



Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)

Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker