Terbuka Malaysia 2024: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik ada peluang muncul juara – Chong Wei

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia dan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dilihat mempunyai peluang muncul juara Terbuka Malaysia 2024 yang dijadual membuka tirainya di Arena Axiata, esok.

Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berkata, Zii Jia dan Aaron-Wooi Yik mempunyai peluang berkenaan dengan pemegang gelaran 12 kali itu turut mengharapkan barisan pemain negara tidak mensia-siakan sokongan dan harapan diberikan peminat yang hadir ke stadium.

Chong Wei yang kali terakhir menjuarai gelaran di Terbuka Malaysia pada 2018 berkata, jangkaannya itu dibuat selepas melihat kepada prestasi dipamerkan Zii Jia dan Aaron-Wooi Yik sebelum ini.

“Saya rasa Aaron-Wooi Yik dan Zii Jia ada peluang untuk mara ke final Terbuka Malaysia. Ia berdasarkan dari keadaan dan permainan mereka. Saya sering menyatakan yang Terbuka Malaysia sangat penting untuk saya.

“Kenapa ia penting buat saya?. Kerana kamu bermain di tempat sendiri, rumah sendiri dan jangkaan pun tinggi untuk penyokong datang menyokong kamu. Ia satu tanggungjawab berat dan kamu perlu mencuba yang terbaik untuk karier dan negara.

“Saya tahu, penyokong datang… mereka menjerit (memberikan sokongan) sehingga tak ada suara, itu kita tahu, ada juga yang jerit nama kamu tapi kita tak dengar sebab terlalu ramai.

“Ada juga yang datang dari jauh. Saya pernah nampak, ada orang datang dari jauh… dari Kuantan (Pahang) dengan (menaiki) bas untuk tengok final Terbuka Malaysia. Dia bercakap dengan saya dan ia menyentuh perasaan saya. Dia naik bas, LRT dan sampai ke stadium bagi memberikan sokongan kepada kita.

“Ini sesuatu yang masa dapat gelaran juara itu, kita boleh merasakannya. Mereka datang dari jauh untuk sokong kita. Sebab itulah kita kena selalu berlath dan perlu berusaha gigih dan bermain dengan bagus.

“Semua bermain bagus tetapi kadang-kadang, prestasi kurang baik tetapi apa yang kamu perlu lakukan, jangan sesekali berputus asa. Inilah yang penyokong mahu tengok… tidak berputus asa.

“Kamu kalah OK kerana mereka akan faham. Jangan pula bila lawan mendahului, kamu mengalah. Saya harap, di Terbuka Malaysia kali ini, bukan sahaja kepada Aaron-Wooi Yik dan Zii Jia, tetapi semua orang sebenarnya ada peluang jadi juara.

“Namun peluang itu saya nampak lebih tinggi kepada dua ini dan harap semua penyokong boleh hadir memberikan sokongan,” kata Chong Wei ketika ditemui media selepas majlis pengenalan dua ahli baharu Yonex Legends Vision iaitu Saina Nehwal dari India dan Carolina Marin (Sepanyol), hari ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah legenda China, Lin Dan.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing

Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan

Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)

Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker