CEO McDonald’s akhirnya akui boikot jejaskan perniagaan rangkaian

WASHINGTON – Ketua Pegawai Eksekutif McDonald’s (CEO) mengaku perniagaan francais makanan segera berkenaan di Asia Barat terjejas disebabkan boikot dan protes terhadap syarikat itu yang dianggap menyokong Israel dalam perang di Gaza, lapor portal berita The New Arab semalam.

Chris Kempczinski berkata, maklumat salah mendorong kempen boikot tersebut sehingga menjejaskan perniagaan McDonald’s.

Dalam catatan yang dikongsikan di laman LinkedIn, Kempczinski berkata:



“Ini (boikot) mengecewakan dan tidak berasas. Di setiap tempat kami beroperasi, termasuk negara-negara Islam, McDonald’s diwakili oleh pemilik tempatan yang bekerja tanpa jemu dengan menggaji beribu-ribu warganegara masing-masing.

“Hati kami tetap bersama komuniti dan keluarga yang menerima kesan akibat perang di Asia Barat.

“Kami membenci sebarang bentuk keganasan dan tegas menentang ucapan kebencian. Kami dengan bangga membuka pintu kami kepada semua orang setiap masa,” tambahnya.

Aktivis-aktivis pro-Palestin menggalakkan orang ramai memboikot McDonald’s selepas sebuah restoran francaisnya di Israel dilaporkan memberi makanan percuma kepada beribu-ribu askar Israel pada permulaan serangan udara dan darat Rejim Zionis di Semenanjung Gaza.



Pergerakan Boikot, Nyahlabur dan Sekatan (BDS) yang memperjuangkan Palestin telah menyenaraikan syarikat perlu diboikot, manakala McDonald’s merupakan antara sasarannya.

McDonald’s  menyaksikan kemerosotan ketara di Mesir apabila jualannya susut sebanyak 70 peratus pada Oktober dan November tahun lalu berbanding dua bulan yang sama pada 2022.

Majoriti pemegang francais McDonald’s di Asia Barat dan Afrika Utara turut menerbitkan kenyataan menyatakan  bahawa mereka bersolidariti bersama rakyat Palestin.  – AGENSI

 



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Restoran Pak Mat Western kena kecam (Video)

As’ad Motawh anggap sekolah hanya buang masa (Video)



Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink?

Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker