Disebalik Langkah Dubai, ada MP PN yang akan umum sokong Anwar dan Kerajaan Perpaduan

Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal hari ini mengulangi kenyataannya bahawa sekurang-kurangnya lapan Ahli Parlimen pembangkang akan menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata Ahli Parlimen terbabit dijangka akan mengisytiharkan sokongan berkenaan pada sidang Parlimen akan datang.

“Masih releven (kenyataan sebelum ini)…menunggu masanya untuk isytihar (sokong Anwar), ada tujuh ke lapan orang.



“Parlimen belum mula lagi, bila Parlimen mula Februari ini, aktiviti itu bermula balik, mereka tunggu dan lihat apa akan berlaku sepanjang dua bulan ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Jualan Termurah, Berkhidmat Untuk Rakyat di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, di Kuala Lumpur hari ini.

Disember tahun lepas, Syed Abu Hussin mendakwa kira-kira tujuh atau lapan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), akan menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Syed Abu Hussin menjadi wakil rakyat pembangkang kelima menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri selepas Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) serta Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

– Bernama



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Restoran Pak Mat Western kena kecam (Video)

As’ad Motawh anggap sekolah hanya buang masa (Video)



Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink?

Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker