Polis saman wanita tunggang bagasi elektrik di jalan raya

 

Seorang wanita di China disaman selepas menunggang sebuah bagasi elektrik di jalan raya, lapor portal berita South China Morning Post hari ini.

Wanita dikenali sebagai Zhou itu ditahan ketika melintas simpang jalan yang sibuk di bandar raya Shanghai. Dia dilaporkan menaiki bagasi elektrik untuk ke tempat kerja.



Polis trafik yang menahan Zhou memberitahu bahawa tindakan itu membahayakan nyawanya.

Zhou bagaimanapun terus bertengkar dengan polis dan bertanya sama mereka boleh menghantarnya ke tempat kerja.

Polis berkata, bagasi elektrik dilarang dipandu di jalan raya kerana ia bukan kenderaan bermotor atau kenderaan tidak bermotor seperti basikal.

Menurut polis, beg elektrik itu boleh digunakan di jalan persendirian dan kawasan perumahan. – AGENSI



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Restoran Pak Mat Western kena kecam (Video)

As’ad Motawh anggap sekolah hanya buang masa (Video)



Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink?

Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker