Dr Akmal akhirnya dapat jumpa Cik Aida

Dr Akmal akhirnya dapat jumpa Cik Aida

MELAKA: Dalam tempoh beberapa jam sahaja Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh berjaya mengesan individu yang dipercayai membuang sampah di tepi jalan Merlimau-Muar pada Rabu.

Menerusi video berdurasi dua minit satu saat itu memaparkan individu yang dikenali sebagai Cik Aida dikenakan kompaun oleh Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) atas kesalahan membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau menghargai tindakan wanita itu yang mengakui melakukan perbuatan tersebut dalam pertemuan bersama pegawai penguat kuasa MPJ.

Menurutnya, tindakan menyelongkar sampah bagi mencari maklumat individu yang melakukan perbuatan itu bukan bertujuan untuk menghukum namun lebih kepada memberi pengajaran termasuk orang awam.

“Saya tak boleh nak biarkan Merlimau ini dalam keadaan kotor, saya kena buat benda yang betul.

“Ada orang cakap, nanti orang marah bagi saya orang nak marah, marahlah yang penting ketika saya ada tanggungjawab saya kena buat perkara yang betul,” katanya dalam video tersebut.

Sebelum ini dilaporkan Muhamad Akmal kecewa dengan sikap masyarakat yang tidak bertanggungjawab yang membuang sampah di tepi Jalan Merlimau-Muar.

Menurut Muhamad Akmal, tempat berkenaan telah dibersihkan pada pagi Rabu dan tidak membenarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) meletakkan sebarang tong sampah di tempat itu bagi menggelakkan masalah sampah dan pemandangan yang mencacatkan.

Beliau yang juga merupakan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan, berkata, malangnya selepas beberapa jam beliau membuat tinjauan sekali lagi ke lokasi berkenaan mendapati masih ada individu yang tidak bertanggungjawab membuang sampah-sarap. Sinar

Dr Akmal akhirnya dapat jumpa Cik Aida

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini kecam ibubapa T20, nak susah hantar rumah kebajikan

Aidil jangan berangan nak jumpa anak – Rita Rudaini

Shamsul Ghau Ghau jual rumah, guna wang simpanan RM300,000

Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker