Kritik beriani tak sedap, pekerja restoran belasah pelanggan

Kritik beriani tak sedap, pekerja restoran belasah pelanggan

Sebuah video tular di media sosial memaparkan tindakan beberapa pekerja sebuah restoran membelasah sebuah keluarga kerana merungut hidangan nasi beriani yang didakwa mentah, lapor laman berita India Times semalam.

Kejadian berlaku Ahad lalu di restoran Hyderabadi Biryani di Hyderabad, India.

Pertelingkahan bermula apabila sebuah keluarga yang makan di situ membuat aduan mengenai nasi beriani yang dikatakan tidak dimasak secara betul.

Seorang pelayan restoran kemudian menggantikan hidangan baharu, namun kumpulan pelanggan berkenaan berasa marah apabila mendapati mereka dikenakan caj bagi beriani tersebut.

Menurut mereka, hidangan itu tidak sepatutnya dikenakan caj memandangkan ia tidak dimasak dengan sempurna.

Salah seorang anggota keluarga itu kemudian menampar pelayan berkenaan, menyebabkan rakan-rakan sekerja lain bertindak balas terhadap mereka.

Dalam video yang tular, seramai 10 pekerja muncul sambil membawa beberapa peralatan termasuk kerusi dan berus pencuci tandas, lantas menyerang keluarga berkenaan.

Mangsa merayu agar serangan dihentikan, namun kumpulan pekerja premis berkenaan terus membelasahnya.

Polis tiba di lokasi kejadian sejurus menerima laporan dan menahan semua pekerja terbabit, manakala restoran itu diarah tutup pada hari berkenaan. K Online

Kritik beriani tak sedap, pekerja restoran belasah pelanggan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini kecam ibubapa T20, nak susah hantar rumah kebajikan

Aidil jangan berangan nak jumpa anak – Rita Rudaini

Shamsul Ghau Ghau jual rumah, guna wang simpanan RM300,000

Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker