Jimat lagi sedap, majlis kahwin hidang mi segera

Sebanyak 100 bungkus mi segera dihidangkan kepada tetamu. – TikTok

Sebuah majlis perkahwinan di Ciracas, Jakarta Timur menjadi perhatian pengguna media sosial kerana menghidangkan mi segera kepada tetamu undangan, lapor portal berita Wolipop.

Berdasarkan video yang dimuat naik di platform TikTok, pihak tuan rumah dilihat menghidangkan mi segera pelbagai perisa seperti ayam, bawang, soto dan mi goreng.

Turut dihidangkan semasa majlis perkahwinan pada 22 Disember lalu itu adalah pelbagai bahan pelengkap juadah tersebut seperti sayur, bakso, sambal dan kicap.

Menurut individu yang memuat naik video tersebut, Junhadi Affan, dia mengutarakan cadangan untuk menghidangkan mi segera kepada pasangan pengantin berkenaan.



“Ini adalah menu baharu daripada kedai saya iaitu Indomie. Saya sudah berbincang dengan pasangan pengantin untuk menyediakan 100 bungkus mi segera.

“Saya mencadangkan idea ini kepada mereka kerana belum pernah ada lagi pengantin yang bersetuju sebelum ini,” katanya.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Bagus juga kalau saya buat begini nanti kerana dapat berjimat,” kata seorang netizen.



“Kalau di kampung saya, pasti menjadi kecaman jiran tetangga,” kata netizen lain. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf

Suami isteri merupakan guru dan doktor ditemui mati di kondominium



Suami tak sedar diri ambil harta saya beri perempuan lain – Hajar (Video)

Pak belang muncul di Jalan Kuala Balah-Dabong



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker