Perompak bogel dicekup selepas ilmu hitam tidak menjadi

Seorang perompak yang sedang menguji ilmu hitam ditangkap dalam keadaan bogel di depan pintu rumah yang diceroboh di Kota Bekasi, Jawa Barat, lapor portal berita Serambinews hari ini.

Pencuri berusia 29 tahun itu ditangkap oleh penduduk kampung selepas mereka berasa curiga dengan perbuatannya yang berjalan-jalan di hadapan rumah tersebut.

Gambar yang menunjukkan detik lelaki itu ditangkap dimuat naik di platform X menerusi akaun  @Pai_C1 dan menjadi tular di media sosial.



Menurut keterangan akaun itu, ketika ditangkap, pencuri tersebut sempat bertanya sama ada penduduk boleh melihatnya berbogel sedangkan dia menggunakan ilmu hitam.

Setelah ditangkap, lelaki berkenaan diberikan kain untuk menutup tubuhnya.

Seorang pegawai polis tempatan, Inspektor Arif Fadil menyatakan bahawa kejadian itu berlaku pada malam Sabtu lalu.

Pemuda berusia 29 tahun itu dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. – AGENSI



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kes guru dicerai suami kerana ‘gagal bertukar’, KPM hentikan penempatan ‘paksa’ – Pakar Pendidikan



Polis buru samun ‘ala mafia’ di Klang [VIDEO]

Ini sebab mengapa MRSM dan SBP perlu dihadkan untuk tingkatan 4 dan 5 – Majlis Profesor Negara



Meerqeen, Anna kekal tersenarai 100 wajah terkacak, cantik di dunia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker