Rekrut ahli baru guna TikTok
Rekrut ahli baru guna TikTok

Kuala Lumpur: Guna medium media sosial terutama platform TikTok yang menjadi pilihan selain digemari dalam kalangan anak muda bagi mempromosi aktiviti mereka.
Itu ‘gerakan’ kumpulan kongsi gelap yang ‘beralih’ mempromosi kegiatan dan dakyah mereka menggunakan TikTok bagi mencari ahli baru dan merekrut generasi muda bagi menyertai geng berkenaan.
Malah, kumpulan ini turut bertindak berani apabila menayangkan logo kumpulan kongsi gelap masing-masing berserta peralatan dan pakaian berlambangkan geng masing-masing di TikTok.
Menurut sumber, geng kongsi gelap ini menggunakan TikTok kerana platform itu paling ramai digunakan remaja, sekali gus lebih mudah untuk mempengaruhi mereka dan seterusnya direkrut menjadi ahli.
Rekrut ahli baru guna TikTok
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET