Kontroversi istilah Keling, MIC maafkan Anwar
MIC mengalu-alukan permohonan maaf Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana menggunakan perkataan “keling” semasa program di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) pada Khamis.
Pun begitu Timbalan Presidennya M Saravanan menegaskan kejadian itu perlu dijadikan pengajaran kepada semua pemimpin di Malaysia.
“Ini seharusnya menjadi pengajaran kepada semua pemimpin supaya tidak menginjak sensitiviti kaum lain di negara ini.
“Saya telah menerima pertanyaan daripada media, ahli parti dan masyarakat India Malaysia pada umumnya berhubung petikan kata-kata perdana menteri kita menggunakan perkataan keling di sebuah forum.
“Video perdana menteri merujuk bahasa Tamil kepada ‘bahasa Keling’ telah tersebar secara meluas dan telah menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat India Malaysia,” katanya pada satu kenyataan hari ini.
Walaupun Anwar menjelaskan dia bercakap berdasarkan konteks sejarah, Saravanan berkata perkataan itu dianggap menghina pada masa kini dan oleh itu penggunaannya harus dielakkan.
“Walaupun perdana menteri kita mungkin tidak mempunyai niat jahat dalam mengeluarkan perkataan itu, ia sudah tentu mengguris perasaan masyarakat yang telah menyokong kerajaan sedia ada untuk berkuasa pada pilihan raya umum lalu.
“Saya secara peribadi telah menghantar pesanan ringkas kepada perdana menteri berhubung isu yang mencetuskan rasa tidak puas hati kaum India Malaysia terhadap insiden tersebut dan berharap kejadian sebegitu tidak berulang terutamanya daripada perdana menteri kita,” tegas pemimpin MIC itu lagi.
Semasa sesi dialog di UPSI pada Khamis lalu, perdana menteri menceritakan mengenai Hang Tuah ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka, termasuk fasih dalam pelbagai bahasa.
Pahlawan Melayu itu, kata Anwar, boleh bercakap dengan baik bukan sahaja dalam bahasa Melayu tetapi juga dalam “Bahasa Jawa, Bahasa Siam, dan juga ‘Bahasa keling’ atau Tamil.
Anwar menjelaskan lanjut perkara itu kemudian pada pada Sesi Dialog Perdana Menteri bersama Ketua Pengarang serta Pengarang-Pengarang Kanan Media Elektronik, Media Cetak dan Dalam Talian di Putrajaya.
Anwar berkata penggunaan frasa itu dipetik daripada buku bertajuk Hikayat Hang Tuah, dan bukan bertujuan untuk menghina mana-mana pihak.
Katanya, penggunaan frasa itu dipetik daripada buku bertajuk Hikayat Hang Tuah, dan bukan bertujuan untuk menghina mana-mana pihak.
“Kalau ada yang salah faham, saya minta maaf, bukan niat saya.
“Saya orang terakhir yang melontarkan ekspresi menghina kaum dan agama,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- ‘Terkucil’ di pentas AJL, Nabila Razali mahu elak ulangi
- ‘Terkejut Beruk’ penyebab warga emas meninggal dunia
- Berpakat menaikkan harga, MyCC denda RM415 juta kepada 5 syarikat pengeluar makanan ayam
- Tindakan Tony Pua kritik Kerajaan Anwar dapat pembelaan Puad Zarkashi
- SPRM sita Menara Ilham milik Tun Daim Zainuddin
- Syasya Dolla dipukul kekasih?
- Mini Dhaka di KL diserbu
- Nik Nazmi jawab tuduhan Chegu Bard
- Yusof dibenarkan tayang badan – Zizi
- PAS jadikan Islam ‘alas kaki’
- Malaysia terima pujian antarabangsa halang kapal Israel berlabuh
- Ketua Pemuda PAS disekolahkan pemimpin UMNO
- Selepas 2 hari bertarung nyawa, lelaki dilanggar ketika bantu mangsa nahas akhirnya meninggal dunia
- Sempat makan bersama sebelum tikam rakan wanita hingga mati
- Ibu mangsa buli di MCKK kesal sehingga kini tiada pembelaan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Dibikin’ selama 15 tahun, filem Syaitan Munafik bakal menyeramkan penonton
Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan
You must be logged in to post a comment.