Tengkorak, 83 tulang manusia ditemukan dalam longkang

Tengkorak, 83 tulang manusia ditemukan dalam longkang

SIBU: Tengkorak dan 83 serpihan tulang manusia ditemukan dalam sebuah longkang di sebuah kawasan perumahan di Jalan Bukit Assek di sini.

Satu tengkorak dan serpihan tulang itu ditemukan oleh pekerja kontraktor Majlis Perbandaran Sibu (MPS) ketika menjalankan kerja pembersihan di longkang terbabit Isnin lalu.



Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili, berkata penemuan 83 serpihan tulang manusia itu dibuat oleh pasukan polis bersama doktor pakar forensik Hospital Sibu ketika menjalankan pencarian semula bermula jam 8.30 pagi hingga 4 petang semalam.

“Pasukan pencarian menjumpai sebanyak 83 serpihan tulang dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Sampel asid deoksiribonukleik (DNA) daripada tulang itu akan dihantar ke Unit Forensik Jabatan kimia untuk mengenal pasti identiti rangka berkenaan. Kita akan membuat permohonan ujian DNA di Jabatan Kimia dalam tempoh terdekat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Zulkipli berkata, proses mengenal pasti identiti rangka itu mengambil tempoh kerana sampel DNA perlu diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia.



“Justeru, orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat berhubung perkara itu diminta tampil ke Balai Polis Sentral Sibu bagi membantu siasatan,” katanya.

Penemuan rangka manusia itu juga didedahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Chieng Jin Ek yang turut berada di lokasi pencarian.

“Sebanyak 83 serpihan tulang manusia terdiri tulang kaki, tangan, kepala dan badan ditemui pasukan pencarian,” katanya di laman sosialnya. BH

Tengkorak, 83 tulang manusia ditemukan dalam longkang



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Dibikin’ selama 15 tahun, filem Syaitan Munafik bakal menyeramkan penonton



CEO Starbucks merungut apa tu?

Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan



Dividen ASB 2023 5.25 sen seunit

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker