Sebar video bogel bekas kekasih angkara dendam [VIDEO]
Seorang pemuda ditangkap polis Bangka Selatan di rumah suspek kerana disyaki menyebarkan video bekas kekasihnya dalam keadaan tanpa seurat benang menerusi aplikasi WhatsApp, lapor portal berita Serambi News hari ini.
Pemuda itu dikenali sebagai Riko Tampati alias Kidal, 30, dan berasal dari Kepulauan Bangka Belitung. Dia dilaporkan berbuat demikian selepas wanita berkenaan bertindak memutuskan hubungan cinta mereka.
Dia menyiarkan video tersebut dengan harapan bekas kekasihnya akan kembali menjalinkan hubungan.
Ketua Polis tempatan, Tiyan Talingga berkata, hasil siasatan mendapati suspek nekad menyebarkan video tersebut kerana rasa sakit hati hubungan mereka diputuskan oleh bekas kekasihnya.
Riko dituduh melanggar undang-undang maklumat dan transaksi elektronik kerana menyebarkan kandungan tidak sopan.
Tiyan berkata, dia boleh dihukum penjara maksimum enam tahun dan denda satu juta rupiah (RM300.63) jika didapati bersalah. – AGENSI
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Biodata Amir Hamzah Azizan
- Pembantu MB Selangor akan didakwa berkait hantaran tuju Yang di-Pertua Melaka
- Khaled terkejut bertukar portfolio
- Komitmen terlalu tinggi hingga terlupa nak kahwin
- Saya ditempatkan di asrama perempuan
- Angeline Tan rasa tenang di Tanah Suci
- Alif Satar dedah sebab anjur #GengSubuhMacamJumaat
- PM bukan Melayu, Polis mulakan siasatan terhadap Kit Siang
- Doktor tidak profesional diberi teguran oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak
- Ajal terkena renjatan elektrik ketika buat sarang burung layang-layang
- Akauntan disyaki dibunuh, mayat ditemui di tepi jalan
- Sokong Anwar, Rosol dakwa masih setia dengan Bersatu
- Sokongan terhadap Anwar! Murshidul Am beri peringatan tentang ‘baiah’ wakil rakyat
- Buka aib sendiri, boleh ke?
- Mimi Lana, Syafiq Kyle jadi kahwin tak?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET