Semua pemimpin kanan UMNO dapat tempat dalam rombakan Kabinet

Semua pemimpin kanan UMNO dapat tempat dalam rombakan Kabinet

Pelantikan Datuk Seri Johari Ghani sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi dalam rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini, dilihat melengkapkan semua lima pemimpin ‘Top 5 ‘ UMNO berada dalam barisan Jemaah Menteri.

Turut berada dalam barisan Kabinet baharu itu ialah Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Rombakan Kabinet hari ini menyaksikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kekal dengan portfolio sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan, bertukar portfolio daripada Menteri Pertahanan kepada Menteri Luar menggantikan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang kini dilantik sebagai Menteri Pengajian Tinggi.

Seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang kekal dalam Kabinet, bertukar portfolio ke Kementerian Pertahanan yang dikosongkan Mohamad.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said kekal dengan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi).

Dua pemimpin tertinggi UMNO yang tiada dalam Jemaah Menteri ketika ini adalah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh kerana kedua-duanya ada komitmen di peringkat Kerajaan Negeri.

Wan Rosdy kini adalah Menteri Besar Pahang manakala Dr Muhamad Akmal adalah Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka.

Dengan pelantikan ‘Top 5’ itu, mengukuhkan lagi kedudukan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan yang mana kini disertai 19 parti politik dengan keseluruhan 151 Ahli Parlimen.

Ketika ini, seramai 12 Ahli Parlimen UMNO dalam barisan Jemaah Menteri termasuk tujuh jawatan Menteri dan lima orang dilantik sebagai Timbalan Menteri.

Untuk rekod UMNO kini mempunyai 26 Ahli Parlimen bersama empat lagi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menjadikan parti itu mempunyai 30 wakil di Dewan Rakyat.

Selain Noraini, empat lagi yang Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dilantik sebagai Timbalan Menteri adalah Datuk Seri Ahmad Maslan; Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad; Datuk Mohamad Alamin dan Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Ahmad dilantik ke jawatan baru iaitu sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya, sebelum itu, beliau adalah Timbalan Menteri Kewangan 1.

Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Lipis dilantik ke jawatan baharu sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia, yang mana sebelum ini beliau adalah Timbalan Menteri Kerja Raya.

Sementara itu, Mohamad kekal sebagai Timbalan Menteri Luar dan Shamsul Anuar Nasarah kekal sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri. BH

Semua pemimpin kanan UMNO dapat tempat dalam rombakan Kabinet

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja

Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker