PAS masih berteka-teki untuk bubarkan DUN

PAS masih berteka-teki untuk bubarkan DUN

Teka-teki pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri diterajui PAS iaitu Terengganu, Kelantan dan Kedah dijangka terjawab esok.

Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata pimpinan PAS Pusat dijangka membuat pengumuman perkara itu selepas mesyuarat Jawatankuasa Penuh PAS Pusat di Kuala Lumpur.



Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Besar Terengganu enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu mendahului parti.

“Saya difahamkan perkara yang dibincangkan (isu pembubaran DUN) semalam akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Penuh PAS Pusat pagi esok.

“Saya tak boleh bagi ‘hint’ (petunjuk) nanti saya mendahului mesyuarat pula, jadi biar lepas mesyuarat esok sebab saya percaya mesti ada kenyataan di pejabat PAS.

“Ia hanya ‘endorsement’ pada perbincangan semalam dan insya-Allah, tidak ada perbincangan baharu lagi selepas ini,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agong Koperasi Pegawai Tadbir Negeri Terengganu di Dewan Besar Wisma Darul Iman di sini, hari ini.



Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat dengan parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, ia membabitkan perbincangan berkaitan pilihan raya termasuk soal pembahagian kerusi di antara parti komponen di dalam PN.

“Pada peringkat negeri boleh mengambil langkah masing-masing sebenarnya untuk mengadakan perbincangan dengan kepimpinan di peringkat negeri.

“Tetapi kata putus sama ada calon atau kerusi (atau) di mana bertanding bukan di peringkat negeri (yang buat keputusan) tetapi pada peringkat pusat,” katanya



Sebelum ini, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan media Sabtu lalu memutuskan tiga negeri yang dikuasainya iaitu Kelantan, Kedah dan Terengganu tidak akan membubarkan DUN dalam masa terdekat.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi membolehkan segala usaha ditumpukan kepada persiapan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka pada pertengahan November hingga Mac 2023. BH

PAS masih berteka-teki untuk bubarkan DUN


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bilal viral di TikTok, Neelofa tersinggung

Risiko besar buat PH, Pas jika tidak bubar DUN



Netizen kritik hasrat Mahathir mahu bertanding lagi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker