Operasi premis makanan kini sehingga 10 malam


Operasi premis makanan kini sehingga 10 malam

Premis makanan dibenar beroperasi dari 6 pagi sehingga 10 malam

PREMIS menjual makanan akan dibenarkan beroperasi bermula pukul 6 pagi sehingga 10 malam bermula esok.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dilakukan selepas mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan.

“Sebelum ini, operasi melibatkan premis kedai makan dan restoran hanya dibenarkan bermula pukul 8 pagi sehingga 8 malam.

“Setelah mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan, sidang mesyuarat bersetuju menukar waktu operasi premis yang menjual makanan bermula pukul 6 pagi sehingga 10 malam berkuat kuasa 28 Jun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri turut menjelaskan kekeliruan mengenai peranan pasukan keselamatan terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam operasi yang telah diumumkan sebelum ini.

Kata beliau, terdapat dua pembahagian tugas iaitu Pasukan Petugas Kebangsaan yang diketuai ATM menerusi Op Benteng yang melibatkan kawalan sempadan negara bersama-sama 11 agensi lain termasuk PDRM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan lain-lain.

Baca artikel berkaitan: Fasa Pertama Kawalan Pergerakan kekal hingga indikator dicapai – Ismail Sabri

Jangan panik, pasar raya, kedai runcit tak tutup pun

Beliau berkata, Pasukan Petugas Operasi Pematuhan pula diketuai PDRM dan dibantu ATM, APMM, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan lain-lain bagi tujuan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Ismail Sabri memaklumkan, ia melalui sekatan jalan raya (SJR) atau pemeriksaan di tempat-tempat awam.

“Kedua-dua pasukan petugas ini telah diwujudkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 lagi. Setelah PKP 3.0 dilaksanakan, Pasukan Petugas Operasi Pematuhan PDRM diperluas kepada pemeriksaan terhadap kilang-kilang yang melanggar arahan dan SOP.

“Bagi memantau dan tindakan terhadap kilang-kilang dan premis perniagaan yang melanggar perintah atau SOP, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyelaras Pasukan Petugas Khas yang baru diwujudkan,” jelas beliau.

Walau bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, memandangkan Pasukan Petugas Operasi Pematuhan di bawah PDRM telah wujud untuk menjalankan tugas hampir sama, maka Sidang Khas MKN berpandangan tidak perlu diwujudkan Pasukan Petugas Khas lagi.

“Cukup dengan Pasukan Petugas Operasi Pematuhan PDRM di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Justeru, saya berharap semua pihak faham setiap pembahagian tugas dan gerak kerja yang melibatkan ATM serta PDRM dalam melaksanakan tanggungjawab demi keselamatan rakyat dan kesejahteraan negara,” katanya. Utv

Operasi premis makanan kini sehingga 10 malam


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib tak buat apa masa jadi PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker