Mr. H tidak muncul beri keterangan pada polis, beri alasan tidak sihat

Lebih 20 pengamal media termasuk wartawan dan jurugambar pulang hampa apabila kelibat Mr. H yang dinantikan sejak pukul 5 petang tadi tidak muncul di Balai Polis Presint 11, di sini.

Mr. H dijangka hadir memberi keterangan di balai polis itu kira-kira pukul 5.30 petang seperti dimaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Bagaimanapun, selepas hampir lima jam ‘disidai’, pengamal media sepakat beredar dari balai polis kira-kira pukul 9 malam tadi.

Difahamkan, sesi rekod keterangan itu ditangguhkan hari ini, namun tidak dinyatakan sesi itu dibuat di tempat lain atau tarikh lain.

Sementara itu, sumber yang dihubungi memaklumkan, sesi itu akan dilakukan esok di lokasi lain yang belum ditentukan.

Kemungkinan sesi itu ditangguhkan susulan kehadiran pengamal media yang ramai bagi membuat liputan berhubung kes itu.

Terdahulu, pengamal media mula berkampung di Balai Polis Presint 11 sejak 5 petang tadi bagi menantikan kelibat Mr. H.

Difahamkan, Mr. H dijangka akan direkodkan keterangan oleh pegawai polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman, hari ini ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini dilaporkan berkata, Mr. H akan diambil keterangan di Balai Polis Presint 11, Putrajaya, pukul 5.30 petang smlm

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah

‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel

Rusdi Ramli, Sharon berpisah?

Nak maki sampai bila – Ali Puteh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker