Wahab ‘diburu’ individu tertentu – peguam

Wahab ‘diburu’ individu tertentu – peguam

Penolong Pegawai J-Kom, Abdul Wahab Abdul Kadir Jailani yang dikaitkan dengan kontroversi berhubung video tular dengan bekas ketua pengarahnya baru-baru ini, tidak dapat membantu siasatan polis kerana bimbang tentang keselamatannya, kata peguam hari ini.

Faizal Rahman berkata ketika Ketua Polis Negara Razarudin Husain menggesa Wahab tampil membantu siasatan, anak guamnya bimbang dia “dicari” oleh dua kumpulan individu di rumahnya.

“Satu kumpulan mendakwa sebagai anggota polis berpakaian biasa, tetapi mereka enggan menunjukkan kad kuasa mereka,” kata Faizal kepada FMT.

“Kumpulan lain mendakwa dari parti politik. Kedua-dua kumpulan itu mencurigakan,” katanya sambil menambah identiti sebenar mereka masih tidak diketahui.

Sebelum ini, tular satu klip video memaparkan perbualan didakwa lucah seorang lelaki didakwa mirip bekas ketua J-Kom Agus Yusoff dengan Wahab, selepas timbul spekulasi bahawa Agus akan melepaskan jawatannya.

Polis sedang menyiasat video berkenaan yang mana Agus dan Wahab mendakwa ia telah disuai pinda.

Agus berkata beliau telah mendedahkan kepada polis identiti individu di sebalik klip video itu – seorang “Mr H”.

Dia juga membuat laporan polis berhubung klip video penulis blog Raja Petra Kamarudin yang mendedahkan laporan awal polisnya dan maklumat peribadinya.

Faizal berkata Wahab tidak akan membuat laporan berhubung kumpulan yang mendekatinya sementara menunggu siasatan polis terhadap “Mr H” serta laporan kedua Agus mengenai kebocoran laporan asalnya. FMT

Wahab ‘diburu’ individu tertentu – peguam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah

‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel

Rusdi Ramli, Sharon berpisah?

Nak maki sampai bila – Ali Puteh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker