Ketua Pengarah agensi kerajaan akan mengadap polis isu gangguan seksual

Pihak polis akan mengambil keterangan ketua pengarah sebuah agensi penguatkuasa susulan dakwaan kes gangguan seksual terhadap seorang wanita.

Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata individu bergelar ‘datuk’ itu dijangka hadir ke ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada 2.30 petang esok.

Razarudin berkata setakat ini, hanya keterangan pengadu telah dirakamkan manakala saksi lain masih dalam tindakan.

“Kes berkenaan disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 507A, 509 dan 292 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil,” katanya kepada Bernama hari ini.

Laporan polis oleh pengadu dikongsi secara meluas di media sosial selain tangkapan skrin mesej perbualan yang didakwa antara wanita berkenaan dengan ketua pengarah terbabit.

‘Nak makan kepala gajah pun orang sediakan’

Dalam laporan polis tersebut, pengadu yang merupakan seorang perunding kewangan, berkata dia bertemu kali pertama dengan ketua pengarah itu secara formal di pejabatnya di Putrajaya pada November lalu bagi tujuan pelaburan.

“Tetapi pada pertemuan pertama lagi telah berlaku gangguan harrasment dari segi percakapan beliau terhadap saya iaitu hujan-hujan ni buat apa best dan you suka top atau bottom.

“Dia juga menyatakan dia terlalu banyak duit makan tak habis. Dan kenyataan yang berbaur ada imbuhan. Dia berkata ‘saya kalau nak apa saja orang boleh sediakan’. ‘Kalau saya nak makan kepala gajah pun orang sediakan’,” menurut laporan polis dibuat pengadu.

Selepas kejadian itu katanya, ketua pengarah berkenaan berterusan mengajak dan mengumpannya untuk bertemu di hotel dan pusat karaoke.

“Saya tidak pernah pergi berjumpa di tempat yang beliau ingin berjumpa kerana saya tahu beliau berniat jahat ke atas saya.

“Saya tidak melayan sehingga 31 Ogos 2023 berlaku secara berterusan dari beliau mengajak saya berjumpa di hotel (untuk) ajakan bermalam dan menawar duit imbuhan serta bekalan projek jika saya menemani beliau sehingga pagi,” katanya dalam laporan itu.

Wanita itu berkata sejak 31 Ogos dia menerima tidak kurang 10 video dan gambar lucah daripada pegawai berkenaan.

Pengguna media sosial turut berkongsikan tangkapan skrin mesej perbualan dan gambar alat sulit yang didakwa dihantar pegawai kanan tersebut kepada wanita berkenaan.

Pengadu berkata gangguan itu menyebabkan dia mengalami kemurungan dan takut bertemu prospek berprofil tinggi kerana bimbang menerima gangguan seumpama itu.

Katanya lagi, dia tidak dapat bekerja secara aman dan hilang punca pendapatan akibat kejadian berkenaan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah

‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel

Rusdi Ramli, Sharon berpisah?

Nak maki sampai bila – Ali Puteh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker