Ebby usaha kumpul duit RM38,000 pasang bateri pada jantung

Ebby usaha kumpul duit RM38,000 pasang bateri pada jantung

Pelawak Ebby Yus, 58, hanya mengetahui sama ada perlu menjalani prosedur pemasangan bateri pada jantung selepas pemeriksaan kesihatan

dilakukan di Hospital Serdang pada 12 Disember depan.

Ebby berkata, kekuatan jantungnya hanya tinggal 26 peratus berdasarkan keputusan pemeriksaan kesihatan terakhir beberapa bulan lalu.

“Berdasarkan pemeriksaan kesihatan sebelum ini, doktor memang ada menyarankan supaya menjalani prosedur pemasangan bateri.

“Keputusan sama ada perlu jalani prosedur hanya akan diketahui pada bulan hadapan.

“Sebelum ini, saya ada jalani rawatan alternatif dan memang rasa ada perubahan kerana sudah boleh naik tangga.

“Tapi, saya sudah lama tak jalani rawatan, kali terakhir selepas raya tempoh hari. Itupun saya ditaja dan kalau nak diteruskan lagi, kosnya agak tinggi.

“Jadi, saya hanya akan tahu sama ada rawatan ini benar-benar membantu selepas pemeriksaan kesihatan nanti,” katanya.

Pelawak kelahiran Batu Kikir, Negeri Sembilan itu berkata, dia perlu menjalani prosedur memasang bateri dengan kos RM38,000.

“Saya akan cuba dapatkan dana daripada hospital, tapi mereka tak akan bagi penuh.

“Saya perlu cari lagi sekitar antara RM15,000 hingga RM20,000 untuk alatan sahaja. Itu belum termasuk ubatan dan wad.

“Kalau doktor kata perlu juga jalani prosedur, saya akan cuba usaha untuk kumpulkan sikit-sikit,” katanya.

Sementara itu, Ebby turut memberitahu dia baru sahaja menjalani pembedahan membuang kataraks dan mengganti kanta mata sebelah kanan di sebuah pusat perubatan swasta.

Kata Ebby lagi, dia sepatutnya menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), tetapi disebabkan terpaksa menunggu lama dan membuat keputusan beralih ke pusat berkenaan.

“Saya terpaksa kerana sudah tak tahan dengan keadaan mata kabur sehingga mengganggu kerja.

“Tapi, saya hanya buat sebelah mata terlebih dahulu kerana kosnya bukanlah murah. Sebelah mata sahaja menelan kos RM10,000, mujur masih ada ‘job’, jadi saya kumpul sikit-sikit.

“Insya-Allah, doktor kata dalam tempoh seminggu saya akan mula dapat rasakan perubahan pada mata. Jika tidak, saya selalu pening dan berpinar jika matahari terlalu kuat,” katanya. BH

Ebby usaha kumpul duit RM38,000 pasang bateri pada jantung

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah

‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel

Rusdi Ramli, Sharon berpisah?

Nak maki sampai bila – Ali Puteh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker