MP DAP bela pekerja pakai salib yang dipecat
Bekas menteri sumber manusia M Kulasegaran hari ini menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap seorang pengusaha restoran yang memecat pekerja bukan Islam kerana memakai rantai leher berbentuk salib.
Dalam ucapannya di Dewan Rakyat petang ini, Kulasegaran (Pakatan Harapan-Ipoh Barat) berkata negara mempunyai undang-undang yang khusus menangani diskriminasi agama di tempat kerja.
“(Baru-baru ini) ada pekerja dipecat kerana memakai rantai leher salib, iaitu hal yang berkaitan agama.
“Apakah tindakan yang telah diambil oleh kementerian, kerana saya ingat ada peruntukan spesifik dalam Akta Kerja untuk tindakan diambil.
“Tindakan telah diambil atau belum? Kalau belum, patut diambil tindakan,” katanya.
Ahli parlimen DAP itu membahaskan Rang Undang-undang Belanjawan 2024 di Peringkat Jawatankuasa Kementerian Sumber Manusia.
Kulasegaran turut memberitahu Dewan Rakyat kebimbangannya bahawa diskriminasi sedemikian akan menular di Malaysia sekiranya kerajaan gagal menangani isu itu.
“Saya khuatir esok hari seseorang memakai abu putih di dahi, itu mungkin jadi masalah kepada majikan dan mereka akan dibuang kerja.
“Dan bukan itu saja. Esok hari kebudayaan kita nak pakai Saree dan seumpamanya, atau mana-mana (pakaian tradisional) bangsa di negara ini (akan dilarang),” katanya.
Dua hari lalu, Restoran Mon Chinese Beef Roti dilaporkan memecat pekerjanya selepas video yang menunjukkan individu yang memakai salib tular di media sosial.
Salah satu video mempersoalkan sama ada restoran roti itu cuba menipu pelanggannya kerana kakitangan terbabit menggunakan rantai berkenaan sambil memakai songkok.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tindakan pecat pekerja pakai salib tak selari ajaran Islam – Mufti
- Dulu kamu buat apa, Anwar bidas PN kait petisyen syariah dengan kerajaan
- Harga Proton S70 lebih murah dari City dan Vios
- Israel reka cerita tentang Hamas demi raih perhatian dunia
- Bergegas ke konvo terima sarjana selepas kebumi jenazah ayah
- 6 saintis UniMAP antara terbaik dunia
- Jual tanjak lagi lumayan dari kerja bank
- Jantung Ebby Yus semakin lemah
- Kelantan jadi ‘lauk’ Sabah, bolos 102 gol Liga Super
- Hannah, tolonglah masuk campur
- Coldplay menyokong perjuangan Palestin
- Siti respon isu KWSP, harap jangan abai kebajikan pekerja
- MP Maran dimasukkan ke CCU, IJN
- Ramalan ‘nujum’ kata Madani cuma bertahan 3,4 bulan tak menjadi
- Kecam, boikot tapi jangan hina – Fazura
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel