Kumpulan jual ketum di Grup FB diletak dalam mod privasi
Laman media sosial yang sebelum ini dikesan aktif dalam aktiviti penjualan air serta daun ketum secara terbuka telah diletakkan dalam mod privasi.
Tinjauan setakat jam 4 petang hari ini mendapati laman berkenaan diletakkan dalam mod privasi dipercayai susulan pembongkaran dilakukan Sinar Harian, Jumaat lalu.
Dipercayai mod privasi itu dibuat bagi memastikan tiada ‘pemantauan’ dibuat ke atas hantaran di grup tersebut secara mudah.
Sebelum itu, beberapa laporan berita mengenai pendedahan kegiatan terbabit telah dikongsi di grup tersebut hingga mencetuskan beberapa komen ahli grup agar laman itu diletakkan dalam mod privasi.
Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan Unit Risikan Siber di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berterusan melaksanakan pemantauan di media sosial bagi mengesan kegiatan pengedaran ketum di medium terbabit.
Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata, ini termasuklah aplikasi sosial Facebook, Instagram, X, TikTok, Telegram selain platform e-dagang seperti Lazada serta Shopee.
Jaminan turut diberikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang memaklumkan pihaknya akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan media sosial.
Sinar Harian sebelum ini mendedahkan media sosial kini dijadikan medium oleh segelintir individu untuk mempromosikan jualan air dan daun ketum bagi mengaut keuntungan dengan mudah.
Tinjauan mendapati beberapa hantaran yang dibuat ahli kumpulan terbabit memaparkan aktiviti penjualan selain paparan gambar bungkusan air ketum, cara memasak dan sebagainya.
Malah penghantaran turut dibuat menggunakan beg e-hailing untuk mengaburi kegiatan mereka.
Berikutan pendedahan Sinar Harian itu, orang ramai meluahkan kebimbangan susulan kegiatan jenayah itu disifatkan semakin berleluasa dan perlu diambil tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tindakan pecat pekerja pakai salib tak selari ajaran Islam – Mufti
- Dulu kamu buat apa, Anwar bidas PN kait petisyen syariah dengan kerajaan
- Harga Proton S70 lebih murah dari City dan Vios
- Israel reka cerita tentang Hamas demi raih perhatian dunia
- Bergegas ke konvo terima sarjana selepas kebumi jenazah ayah
- 6 saintis UniMAP antara terbaik dunia
- Jual tanjak lagi lumayan dari kerja bank
- Jantung Ebby Yus semakin lemah
- Kelantan jadi ‘lauk’ Sabah, bolos 102 gol Liga Super
- Hannah, tolonglah masuk campur
- Coldplay menyokong perjuangan Palestin
- Siti respon isu KWSP, harap jangan abai kebajikan pekerja
- MP Maran dimasukkan ke CCU, IJN
- Ramalan ‘nujum’ kata Madani cuma bertahan 3,4 bulan tak menjadi
- Kecam, boikot tapi jangan hina – Fazura
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel
You must be logged in to post a comment.