KP agensi keselamatan didakwa lakukan gangguan seksual

KP agensi keselamatan didakwa lakukan gangguan seksual

Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual oleh seorang ketua pengarah sebuah agensi keselamatan terhadap seorang wanita seperti ditularkan di media sosial, hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, ketika mengesahkan perkara itu berkata, satu kertas siasatan sudah dibuka susulan laporan polis yang diterima pada 14 November lalu.

“Kertas siasatan dibuka dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan (gangguan seksual),” katanya kepada BH, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial satu salinan laporan polis oleh seorang wanita berusia 39 tahun yang bertugas sebagai penasihat kewangan yang dibuat di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam, pada 14 November lalu.

Dalam laporan polis itu, wanita terbabit mendakwa ketua pengarah bergelar Datuk itu mengeluarkan kata-kata berbaur lucah terhadapnya pada pertemuan kali pertama mereka November tahun lalu ketika menawarkan peluang pelaburan.

Mangsa mendakwa ketua pengarah itu juga pernah beberapa kali mengajaknya untuk berjumpa di hotel dan pusat karaoke namun ditolak kerana tahu individu itu berniat jahat.

Selain itu, wanita terbabit mendakwa Datuk berkenaan mula melakukan gangguan seksual secara lebih serius sejak Ogos lalu dengan menghantar kira-kira 10 video serta gambar lucah melalui mesej di telefon bimbit.

Sehubungan itu, mangsa tampil membuat laporan polis kerana terlalu tertekan, trauma dan mengalami kemurungan dengan kejadian itu selain turut diugut agar tidak melaporkan perkara itu kepada sesiapa. BH

KP agensi keselamatan didakwa lakukan gangguan seksual

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah

‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel

Rusdi Ramli, Sharon berpisah?

Nak maki sampai bila – Ali Puteh

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker