9 sekolah antarabangsa terima ancaman bom
9 sekolah antarabangsa terima ancaman bom
Polis mengesahkan sembilan sekolah antarabangsa di Lembah Klang menerima ancaman bom pagi tadi.
Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Allaudeen Abdul Majid berkata laporan polis dibuat berhubung ancaman bom itu terhadap sekolah di kawasan masing-masing.
Hussein berkata, polis menerima tujuh laporan di Selangor, iaitu masing-masing dua di Petaling Jaya dan Shah Alam serta satu dari Kajang, Subang Jaya dan Kuala Langat.
“Kami masih siasat, tetapi percaya ia ancaman palsu,” katanya.
Allaudeen berkata, dua sekolah antarabangsa di Wangsa Maju menerima ancaman bom.
Mesej daripada sebuah sekolah itu kepada ibu bapa memaklumkan mereka berhubung ancaman bom yang tular di media sosial.
Menurut mesej itu, pihak sekolah menerima e-mel tanpa nama berhubung ancaman bom dan pihak berkuasa sudah dimaklumkan mengenainya. FMT
Baca Artikel Menarik:
- Tindakan pecat pekerja pakai salib tak selari ajaran Islam – Mufti
- Dulu kamu buat apa, Anwar bidas PN kait petisyen syariah dengan kerajaan
- Harga Proton S70 lebih murah dari City dan Vios
- Israel reka cerita tentang Hamas demi raih perhatian dunia
- Bergegas ke konvo terima sarjana selepas kebumi jenazah ayah
- 6 saintis UniMAP antara terbaik dunia
- Jual tanjak lagi lumayan dari kerja bank
- Jantung Ebby Yus semakin lemah
- Kelantan jadi ‘lauk’ Sabah, bolos 102 gol Liga Super
- Hannah, tolonglah masuk campur
- Coldplay menyokong perjuangan Palestin
- Siti respon isu KWSP, harap jangan abai kebajikan pekerja
- MP Maran dimasukkan ke CCU, IJN
- Ramalan ‘nujum’ kata Madani cuma bertahan 3,4 bulan tak menjadi
- Kecam, boikot tapi jangan hina – Fazura
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel