Tiba-tiba Mahathir mahu selamatkan UMNO

Tiba-tiba Mahathir mahu selamatkan UMNO

UMNO perlu memisahkan parti itu daripada DAP serta kembali kepada perjuangan untuk bangsa, negara dan agama bagi membolehkan sokongan kepadanya kembali.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman yang menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) tewas kelmarin menunjukkan sokongan rakyat kepada UMNO semakin merosot.



Beliau berkata kemerosotan undi kepada UMNO akan terus berlaku selagi parti itu terus bersekongkol bersama DAP dan meninggalkan dasar perjuangan mereka selama ini.

“Semua sedar UMNO bukan lagi berjuang untuk bangsa, negara dan agama. Perjuangan UMNO ialah untuk duit, untuk selamatkan kepimpinan yang bersekongkol dengan jenayah.

“Lagipun pengundi UMNO bukan lagi yang ketahui jasa UMNO kepada negara. Mereka sudah tua dan tidak lagi aktif dalam arena politik.

“Pengundi muda dibesar setelah negara maju. Mereka berpendapat memanglah negara maju sehingga penuh dengan pencakar langit. Peranan UMNO memajukan negara dari kemiskinan dahulu sehingga separuh maju sekarang tidak disedari oleh mereka,” katanya dalam kenyataan di laman sosialnya, hari ini.



Keputusan PRK Kemaman kelmarin, menyaksikan PAS mengekalkan penguasaan apabila calonnya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menang dengan majoriti 37,220 undi selepas berjaya meraih 64,998 undi.

Calon BN, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor pula hanya meraih 27,778 undi.

Dr Mahathir berkata, UMNO dijangka akan ‘hapus’ sama sekali pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) sekiranya tidak berani membuat perubahan dan memulihkan kembali parti itu.

“Dalam PRU 16, UMNO akan hapus sama sekali. Yang boleh selamat UMNO ialah pemisahan dari DAP dan kembali perjuangan untuk bangsa, negara dan agama. Pemimpin yang usang perlu digugurkan dan masalah Melayu perlu diperjuangkan semula, khusus berkenaan kemiskinan orang Melayu.



Mahathir patut gembira UMNO hapus sama sekali kerana itu yang dia mahukan. Mahathir dan kuncu-kuncunya yang menjatuhkan UMNO. Jadi kenapa mahu menghalang UMNO bersama kerajaan Perpaduan sekarang? Sepatutnya biarkan saja.

Mahathir dan juga PN sebenarnya mengharapkan UMNO menarik balik sokongan kepada kerajaan Perpaduan supaya mereka dapat kembali berkuasa, itu saja.

Tiba-tiba Mahathir mahu selamatkan UMNO

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video BCL, Tiko mabuk di kelab malam tular

Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)



Dolla dah hilang ‘Melayu’?

Babak ciuman, Hun Haqeem & Daiyan Trisha dikecam netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker