Aina Abdul cepat koyak?

Aina Abdul cepat koyak?

Di sebalik senyum manis terukir di wajah, penyanyi bersuara lunak, Aina Abdul, 29, bukanlah insan kebal yang tidak pernah terguris dengan kecaman netizen.

Mungkin pemilik nama Nurul Aina Abdul Ghani ini tidak mempunyai kontroversi berkaitan cinta untuk dijaja, namun, sebut sahaja nama ‘Aina Abdul’ pasti fesyen pelik dan unik membuatkan khalayak bungkam mengingatinya.



Nyata, eksperimen ‘berani mati’ Aina dalam berfesyen hingga digelar plastik sampah bergerak, pokok, selimut ‘toto’, bulu ayam, rahib dan macam-macam lagi.

Walaupun pernah cuba mengabaikan setiap penghinaan d0000ilemparkan, namun, penyanyi yang mula mencipta populariti menerusi lagu Sumpah dan Semalam itu tetap ‘koyak’.

Sungguhpun begitu, Aina enggan larut dengan kecaman mengguriskan hati. Malah, dengan tahap kesabaran yang tinggi, penyanyi kelahiran Johor Bahru yang dibesarkan di Seremban, Negeri Sembilan itu bijak mengatur langkah hingga namanya disebut antara penyanyi wanita terbaik, hari ini.

Bukan itu sahaja, bekas graduan Sarjana Muda Muzik Kontemporari, Universiti UCSI, Kuala Lumpur itu juga dikatakan ‘The Next Diva In The Making’.



Aina berkata, semangat arwah bapa yang bersusah payah mencari rezeki dalam serba kekurangan lantaran tidak mempunyai kaki akibat penyakit kronik menjadi penyuntik semangat setiap kali ingin rebah.

“Segala kecaman dan hinaan diterima tidak sesekali mematahkan semangat untuk terus melangkah. Jika diikutkan, keadaan dan mental dahulu lebih teruk berbanding sekarang.

“Saya tiada laluan ekspres untuk berada pada tahap hari ini. Oleh itu, saya tetap jalan terus walaupun dikecam dan dihina. Jika berputus asa, bukankah ia akan memalukan saya sendiri?

“Lagipun, ini bukan impian saya seorang. Sebaliknya, saya membawa harapan dan impian arwah bapa dan ibu yang mahu melihat saya berjaya sebagai penyanyi.



“Ibu menaruh harapan besar untuk melihat anak perempuannya menggapai cita-cita. Malah, ibu juga menjadi inspirasi untuk saya terus melangkah,” katanya kepada BH Online.

Anak bongsu daripada lima adik beradik itu berkata, dia akan sentiasa ingat kepada orang tua, terutama arwah bapa yang berjaya menguruskan keluarga dalam keadaan serba kekurangan.

“Jika bapa yang tidak berkaki boleh melakukan, apatah lagi saya?,” katanya.

Mengulas imej semakin berbeza, malah gaya elegan yang ditampilkan mula mendapat pujian ramai.



Aina berkata, dia bersyukur imej baharu tidak lagi menjadi bahan kecaman.

Katanya, ia sesuatu yang positif dan amat gembira dengan pujian diberikan netizen.

Bukan tidak mahu bergaya ‘pelik’ yang menjadi tanda dagangnya, Aina berkata, sesekali imej unik tetap jadi pilihan mengikut kesesuaian majlis.

“Saya perasan ramai sukakan imej baharu ini, tentunya saya gembira dapat maklum balas positif.



“Jujurnya, saya selalu sangat dikecam, ia juga tidak baik untuk kesihatan mental saya.

“Walaupun merasakan apa yang dilakukan betul, tetapi saya tidak boleh menipu. Ini kerana lambat laun kecaman memberi kesan kepada saya.

“Bukan tidak mahu berimej pelik lagi kerana ia menjadi ‘alter ego’ saya, tetapi, kini lebih memilih kepada gaya elegan.

“Ia bukan sahaja memudahkan saya bergerak dan menyanyi, tetapi saya mahu peminat juga senang melihat saya,” kata penyanyi yang dicungkil bakatnya menerusi program Mentor Legend pada 2014.



Gara-gara pakaian pelik sering digayakan, ada netizen mengakui selera mereka patah untuk terus menyokong dan meminati, walaupun tidak menyangkal Aina memiliki vokal yang bagus.

Tambah Aina, dia kurang pasti mengenainya, tetapi berharap netizen yang kurang senang perlu mengenali keperibadiannya terlebih dahulu, sebelum menilai daripada sudut luaran.

“Saya cuba membuatkan semua orang jatuh cinta dengan karakter saya. Apa kata, kenali saya daripada menilai luaran. Kata orang, tidak kenal maka tidak cinta.

“Saya lebih selesa dengan penampilan sekarang kerana sedap mata memandang dan elegan. Cuma, imej pelik akan tetap ada sesekali mengikut kesesuaian majlis,” katanya.

Selepas berjaya mencipta namanya, penyanyi dan komposer yang pernah diangkat sebagai naib juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35 menerusi lagu Semalam itu berkata, dia sedang mengatur langkah melebarkan sayapnya ke Indonesia apabila diundang pengarah tersohor, Hanung Bramatyo untuk menghasilkan lagu runut bunyi dua filemnya.

Aina berkata, mungkin itulah dinamakan rezeki kerana tidak pernah menyangka mendapat peluang keemasan, apatah lagi bukan mudah penyanyi Malaysia menembusi pasaran Indonesia.

“Alhamdulillah, saya bersyukur berpeluang berkolaborasi dengan Hanung yang juga pengarah filem Ayat-Ayat Cinta, Perahu Kertas, Perempuan Berkalung Sorban dan banyak lagi.

“Nyata, Allah memberikan rezeki dalam pelbagai bentuk. Ini kerana saya bukan hanya menyanyikan lagu runut bunyi, tetapi diminta untuk menghasilkan satu lagu.

“Peluang ini tidak mudah dan saya akan menggunakan ruang ini sebaiknya. Setakat ini, saya tidak mempunyai perancangan melakukan gimik dan pemasaran besar-besaran.

“Namun, saya dan pasukan ada merancang untuk memasarkan lagu ini dengan sebaik-baiknya,” katanya. BH

Aina Abdul cepat koyak?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Goreng Kampung, Sedap Macam Mak Buat

Kisah Sejarah Kicap Cap Kipas Udang, Ramai Orang Tak Tahu

PAS persenda tawaran jawatan TPM dari Sabah dan Sarawak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker