243 lagi rakyat Palestin terbunuh di Gaza dalam tempoh 24 jam
243 lagi rakyat Palestin terbunuh di Gaza dalam tempoh 24 jam
Serangan bertali arus dilakukan rejim Israel mendorong situasi di Gaza kian memburuk apabila sebanyak 243 lagi rakyat Palestin terkorban dalam tempoh 24 jam.
Maklumat itu didedahkan dalam laporan terbaharu diterbitkan Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOCHA).
Angka itu direkodkan dalam kejadian yang berlaku antara Rabu dan Khamis lalu.
Perkembangan terbaharu itu sekali gus menyaksikan jumlah keseluruhan korban akibat serangan udara dan darat oleh rejim Zionis sudah mencecah lebih 10,022 orang di Gaza sejak perang meletus pada 7 Oktober lalu.
Dalam laporan UNOCHA, menyebut dua tentera Israel turut terbunuh di Gaza dalam tempoh sama sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan yang maut sekurang-kurangnya 35 orang sejak operasi ketenteraan darat bermula.
Di Tebing Barat yang diceroboh rejim Zionis, tentera Israel bertindak membunuh 19 lagi rakyat Palestin dalam tempoh sama.
Serangan bertubi-tubi dilancarkan rejim Zionis memaksa kira-kira 50,000 penduduk melarikan diri ke selatan Semenanjung Gaza semalam, melalui ‘koridor’ yang dibuka oleh tentera Israel.
UNOCHA melaporkan bahawa ratusan ribu orang kekal di utara semenanjung itu bergelut untuk mendapatkan bekalan air dan makanan untuk meneruskan hidup. BH
243 lagi rakyat Palestin terbunuh di Gaza dalam tempoh 24 jam
Baca Artikel Menarik:
- Syed Saddiq, kifarah itu benar
- Wanita Malaysia dipenjara rancang potong kemaluan bekas teman lelaki
- Penganut Kristian pun dibunuh Zionis di Gaza– Nadir
- Syed Saddiq dihukum penjara 7 tahun, denda RM10 juta serta 2 sebatan
- ‘You touch, you go’ – Asyraf Wajdi
- Israel, AS pengganas terbesar dunia
- Empat dipercayai tertimbus bangunan runtuh di Pulau Perhentian
- Bersatu terus dibolosi gol sendiri
- Khai Bahar dengar bisikan suruh terjun balkoni rumah
- Briged Al-Qassam musnahkan 136 kenderaan tentera Israel
- Hamas musnahkan 6 kereta kebal Israel di Gaza
- Bolehkah jual produk Amerika Syarikat milik Yahudi?
- MP Bersatu sokong PM tetap katak – Akmal
- Bawa berbincang, jangan sombong – Anwar
- Jurutera conteng dinding kedutaan AS, Caprice ‘payung’ denda
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pekerja Nasi Kandar Terkenal Hanya Berseluar Dalam Di Dapur (Video)
You must be logged in to post a comment.