Tragedi Pulau Perhentian: Guna kaedah manual cari mangsa runtuhan
Tragedi Pulau Perhentian: Guna kaedah manual cari mangsa runtuhan
BESUT: Kaedah manual digunakan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan seorang lagi mangsa yang dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan bangunan tiga tingkat di Pulau Perhentian di sini hari ini.
Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Yusmaredza Mirza Mohamed Ali, berkata langkah itu digunakan, berikutan lokasi kejadian yang jauh dari daratan menjadi kekangan untuk aset sampai dengan cepat di kawasan runtuhan.
Beliau berkata, selain itu pasukan penyelamat juga terpaksa membuat laluan dan membersihkan kawasan runtuhan bagi mengesan dan mengeluarkan mangsa tertimbus.
“Kita terpaksa melakukan pencarian secara manual terlebih dahulu memandangkan kita berada di pulau dan ia akan mengambil masa untuk menunggu ketibaan aset lain.
“Selain itu, kita bimbang berlaku runtuhan lain memandangkan kawasan berkenaan masih dalam pembinaan.
“Kedua-dua mangsa (kelima dan keenam) memang berada dalam runtuhan dan tidak boleh bergerak tetapi kita bernasib baik kerana mangsa sedar dan boleh respons.
“Jadi, kita dapat berkomunikasi dengan mereka dan membuat laluan khas untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap, ” katanya ketika ditemui pemberita di Pos Kawalan Tempat Kejadian di Pulau Perhentian di sini, hari ini.
Menurutnya, operasi mencari seorang lagi mangsa masih giat dilaksanakan termasuk Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM).
Beliau berkata, pihaknya juga memohon bantuan daripada unit anjing pengesan (k9) dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).
Media sebelum ini, melaporkan enam selamat manakala seorang lagi pekerja dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan bangunan tiga tingkat yang dalam pembinaan di Pulau Perhentian di sini, hari ini.
Mangsa yang dipercayai masih terperangkap dikenali sebagai warga Indoensia, Suparno berusia 40-an. BH
Tragedi Pulau Perhentian: Guna kaedah manual cari mangsa runtuhan
Baca Artikel Menarik:
- Syed Saddiq, kifarah itu benar
- Wanita Malaysia dipenjara rancang potong kemaluan bekas teman lelaki
- Penganut Kristian pun dibunuh Zionis di Gaza– Nadir
- Syed Saddiq dihukum penjara 7 tahun, denda RM10 juta serta 2 sebatan
- ‘You touch, you go’ – Asyraf Wajdi
- Israel, AS pengganas terbesar dunia
- Empat dipercayai tertimbus bangunan runtuh di Pulau Perhentian
- Bersatu terus dibolosi gol sendiri
- Khai Bahar dengar bisikan suruh terjun balkoni rumah
- Briged Al-Qassam musnahkan 136 kenderaan tentera Israel
- Hamas musnahkan 6 kereta kebal Israel di Gaza
- Bolehkah jual produk Amerika Syarikat milik Yahudi?
- MP Bersatu sokong PM tetap katak – Akmal
- Bawa berbincang, jangan sombong – Anwar
- Jurutera conteng dinding kedutaan AS, Caprice ‘payung’ denda
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pekerja Nasi Kandar Terkenal Hanya Berseluar Dalam Di Dapur (Video)