Siapa berani jumpa saya? Saya jeneral askar – Khlir

Siapa berani jumpa saya? Saya jeneral askar – Khlir

Ahli Parlimen Ketereh Khlir Mohd Nor menegaskan kesetiaannya kepada Bersatu adalah kekal “sampai bila-bila”, sekali gus menafikan dakwaan dia bakal mengikut jejak langkah empat rakannya yang menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim

Malah dia juga menafikan ada mana-mana ‘broker politik’ yang menemuinya untuk membincangkan cadangan mengalih sokongan kepada kerajaan.

Hal itu kerana, kata Khlir, dia pesara pegawai kanan tentera.

“Tidak ada (pertemuan dengan broker politik). Lagi pun siapa berani jumpa saya? Saya (bekas) jeneral askar,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ditanya kenapa namanya disebut-sebut dan dikaitkan dengan kemungkinan ‘membelot’ daripada Bersatu, Khlir berkata, ia mungkin disebabkan perwatakannya.

“Mungkin sebab cara pembawakan saya, karakter saya ini (buat orang nampak saya sokong perdana menteri). Saya very honest (sangat jujur), straight forward (berterus terang), bercakap benda yang betul, itu saja,” katanya.

Terdahulu Khlir ditanya untuk mendapatkan pandangan selepas dikaitkan dengan ahli parlimen terbaru dari Bersatu mengumumkan menyokong Anwar.

Seru istiqamah sama-sama

Selasa lalu ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Aziz Abu Naim, dan semalam ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik merupakan dua wakil rakyat terbaru yang menyatakan sokongan itu.

Sebelum ini Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan Ahli Parlimen Labuan, Suhaili Abdul Rahman masing-masing mengumumkan sokongan mereka pada 12 dan 30 Oktober lalu.

Semalam Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi, mengucapkan tahniah kepada Mohd Azizi yang mengisytiharkan sokongan penuh kepada kepimpinan Anwar.

Puad kemudian secara sinis menyoal bila pula ahli parlimen lain – termasuk Khlir – akan mengambil tindakan yang sama dan menasihatkan mereka supaya tidak menunggu terlalu lama.

Sementara itu Khlir menyifatkan pihak yang mendakwa dia akan mengalih sokongan kepada Anwar sebagai “silap orang”.

“Ramai yang kata begitu, dari dulu lagi… tapi hakikat sebenarnya tidak ada. Silap oranglah…

“Kesetiaan saya masih kepada parti sampai bila-bila,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ahli Parlimen Rompin Abdul Khalib Abullah turut menegaskan dia sama sekali tidak akan mengikuti jejak empat rakan separtinya itu.

Tegas Abdul Khalib, dia tetap istiqamah dengan Bersatu dan PN melainkan sekiranya diarah oleh pucuk pimpinan parti untuk bertindak sebaliknya.

“Rompin istiqamah bersama PN, saya jelas pendirian. Saya dipilih oleh pucuk pimpinan PN untuk bertanding di Rompin, saya tetap bersama PN dan tidak akan berikan sokongan (kepada Anwar).

“Melainkan kalau ada arahan daripada pucuk pimpinan parti,” katanya menerusi hantaran rakaman video di Facebook, hari ini.

Abdul Khalib turut menyeru kepada rakan-rakannya supaya terus istiqamah bersama PN dan tetap yakin mampu menjaga kawasan masing-masing.

“Jangan kita terbawa-bawa dengan tawaran-tawaran pihak tertentu, insya-Allah kita mampu menjaga kawasan kita masing-masing,” katanya. Mk

Siapa berani jumpa saya? Saya jeneral askar – Khlir

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gambar lucah ciptaan AI, artis tempatan menjadi mangsa

Rakyat Malaysia jual sate RM7 secucuk tepi jalan laku keras

Bersatu sudah jadi Berpecah

Pekerja Nasi Kandar Terkenal Hanya Berseluar Dalam Di Dapur (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker