Selepas dilanggar motosikal lelaki Bangladesh digilis ‘King’ [VIDEO]
Tindakan seorang lelaki Bangladesh berbaring di jalan raya walaupun hanya mengalami kecederaan ringan selepas dilanggar motosikal bertukar tragis apabila digilis sebuah kereta di Kilometer 35.2 Jalan Butterworth-Alor Setar, di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 malam itu, mangsa berusia lingkungan 40-an yang mengalami kecederaan parah pada kepala dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.
Menurut saksi kejadian yang enggan dikenali, pada awalnya mangsa berjalan kaki melintas dari kiri ke kanan jalan sebelum dilanggar sebuah motosikal ditunggangi seorang pekerja kilang yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kota Sarang Semut.
“Bagaimanapun perlanggaran itu tidak melibatkan kecederaan serius tetapi mangsa enggan diangkat dan dibawa ke tepi oleh orang ramai di lokasi kejadian.
“Beberapa saat kemudian dia bernasib malang apabila sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu laju dari arah Alor Setar hilang kawalan sebaik menghampiri lokasi itu dan melanggar mangsa menyebabkan dia tidak sedarkan diri,” katanya di sini hari ini.
Katanya, pemandu kereta yang belum dikenal pasti itu kemudian melarikan diri dan kejadian sempat dirakam seorang pengguna laluan itu sebelum video berdurasi 12 saat tersebut tular di media sosial.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian terdapat seorang lelaki tempatan mengawasi lalu lintas di situ.
“Sebuah kereta dipercayai hilang kawalan ketika menghampiri lokasi kejadian nyaris merempuh lelaki terbabit tetapi sempat dielak sebelum melanggar mangsa yang terbaring di situ,” katanya.
Tambahnya, pemandu kereta itu bertindak melarikan diri selepas kejadian manakala mangsa dihantar mendapatkan rawatan di HSAH.
“Kita sedang mendapatkan keterangan daripada saksi kejadian selain menjejaki pemandu kereta yang terlibat dalam kejadian langgar lari itu untuk melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Bersatu terkejut MP Gua Musang sokong Anwar lepas tolak habuan
- Graduan UniSZA sempat menatap wajah, cium ayah buat kali terakhir
- Bapa jenis apa rogol anak 105 kali
- Bomoh santau rogol remaja dalam tandas sehingga hamil
- Kapal Bersatu semakin tenggelam, siapa lagi?
- Peniaga Pasar Siti Khadijah bergaduh kerana berebut pelanggan
- Hari kemenangan Palestin akan tiba
- Boikot dosa dan maksiat yang paling utama untuk umat Islam?
- Apa jadi dengan Peja dan Chegu Bard?
- Najib, Muhyiddin bergabung, cadangan syok sendiri
- MP dari PN sokong PM hanya taktik untuk dapatkan peruntukan
- Kekejaman Zionis: Konflik paling kejam, berdarah buat kanak-kanak zaman moden
- Bersatu cuba pancing Najib?
- Kaut hampir RM1 bilion, ‘Datuk Wira’ jadi scammer selama 16 tahu tipu mangsa pelaburan
- MP PAS bengang pas media rasmi wartawan Harakah dibatalkan kerajaan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan
Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)
RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin
You must be logged in to post a comment.