Penduduk Gaza tak mahu ditadbir Pihak Berkuasa Palestin

Penduduk Gaza tak mahu ditadbir Pihak Berkuasa Palestin

GAZA: Walaupun berdepan serangan hebat Israel, ramai penduduk Gaza mengakui masih menaruh kepercayaan terhadap Hamas dan enggan rantau itu ditadbir Pihak Berkuasa Palestin (PA).

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebelum ini berkata, pihak akan mentadbir keselamatan Semenanjung Gaza untuk satu tempoh yang tidak ditentukan di tengah-tengah perdebatan mengenai keaadan rantau yang dikepung itu selepas perang tamat

Israel dan sekutu terbesarnya, Amerika Syarikat (AS) menegaskan, Hamas yang kini berkuasa di Gaza tidak boleh dibenarkan untuk terus memerintah kawasan berkenaan berikutan serangannya ke atas Israel pada 7 Oktober lalu.

Bagaimanapun, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang menggesa gencatan senjata di Semenanjung Gaza menunjukkan bahawa PA bersedia untuk kembali mentadbir kawasan itu sebagai sebahagian daripada penyelesaian politik masa depan.

“Kami akan memikul sepenuhnya tanggungjawab kami dalam rangka kerja penyelesaian politik yang komprehensif yang merangkumi semua Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmuqaddis Timur dan Semenanjung Gaza,”kata Mahmoud dipetik agensi berita WAFA.

Bagaimanapun ramai penduduk yang ditemu bual Al Jazeera meluahkan rasa tidak puas hati terhadap PA malah tidak merasakan usaha mereka mengambil alih Gaza adalah penyelesaian yang akan diterima atau disokong oleh orang ramai.

“Saya menolak usaha itu kerana saya dapat melihat apa yang berlaku di Tebing Barat yang berada di bawah kawalan PA. Selalu ada serbuan ke banyak bandar dan orang ramai sentiasa ditangkap di kawasan itu.

“Mereka tidak mengubah apa-apa. Inilah sebabnya mengapa pemerintahannya tidak akan menguntungkan Gaza dalam apa cara sekalipun. Saya hanya akan meyokong kerajaan perpaduan nasional yang melibatkan Hamas, Fatah dan puak Palestin yang lain,” kata seorang penduduk, Mohamed.

Sementara itu seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Kamal berusia 53 tahun berkata, PA tidak akan melindungi dan mampu berlaku adil kepada penduduk Gaza kerana perselisihannya dengan Hamas.

“Presiden sentiasa memberikan ucapan dan bercakap tentang Gaza serta tanggungjawabnya terhadap penduduk di sini tetapi beliau tidak melakukan apa yang dikatakan.

“Buktinya ialah kepungan dan letupan yang berlaku di Gaza. Jika PA itu baik untuk Tebing Barat tetapi mungkin tidak di Gaza. Ia hanya boleh datang sebagai sebahagian daripada kerajaan perpaduan nasional yang dipilih oleh penduduk di sini,” katanya.

Sementara itu, Somaia, 29, berpendapat, Tebing Barat sudah cukup menjadi contoh bagaimana kehidupan rakyat Palestin lain di bawah pemerintahan PA.

“Pendudukan Israel dengan sikap kuku besi mereka sering menyerang hak paling mudah rakyat Palestin di wilayah diduduki.

“Satu-satunya penyelesaian, atau sebarang langkah seterusnya yang perlu dibincangkan sekarang harus mengutamakan cara bagaimana untuk menghentikan pendudukan haram dan pemerintahan tentera Israel di seluruh wilayah yang diduduki,” katanya. BH

Penduduk Gaza tak mahu ditadbir Pihak Berkuasa Palestin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan

Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta

Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)

RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker