Israel, AS pengganas terbesar dunia

SAUDARA PENGARANG,

SEBELUM ini, Amerika Syarikat (AS) menyenaraikan beberapa kumpulan pejuang Palestin seperti Palestine Liberation Front (PLF), Palestine Islamic Jihad (PIJ) dan Hizbullah sebagai pengganas tetapi ia dilihat berat sebelah sedangkan konflik semasa di Palestin jelas menunjukkan kekejaman Israel.

Buktinya, Presiden Joe Biden berusaha memohon kelulusan bekalan senjata bernilai lebih AS$10 bilion untuk dibekalkan kepada Israel. Usaha ini jelas menunjukkan kepada dunia bahawa AS secara tidak langsung menyokong pembunuhan beramai-ramai di wilayah Gaza.

Terdapat pelbagai kesalahan dan pencabulan hak asasi yang dilakukan ke atas Palestin seperti pengeboman sekolah, hospital, kediaman orang awam, memusnahkan bekalan elektrik, menggunakan bom fosforus putih yang dilarang dalam peperangan, menyerang pihak media dan sebagainya.

Bahkan mereka juga menyekat bantuan kemanusiaan dan bekalan makanan, bahan api, air serta elektrik.

Malangnya, pelanggaran hak asasi manusia yang dilakukan seolah-olah tidak disedari negara-negara pro-Israel, sekali gus memberikan isyarat kepada rejim Zionis untuk terus melakukan penindasan tanpa perlu takut digelar pengganas dan diboikot walaupun masyarakat dunia mengecam dan memprotes tindakan tersebut. Israel tidak mengendahkannya dan terus melakukan serangan terhadap rakyat Palestin.

Walaupun negara-negara kuasa besar seperti AS dan Britain dilihat bersikap berat sebelah dalam menggunakan istilah pengganas, beberapa negara lain seperti Bolivia, Lebanon, Syria, Turkiye, Iran dan Yemen telah menggunakan istilah ini secara adil.

Contohnya, sewaktu Bolivia di bawah pentadbiran Presiden Evo Morales, beliau bertindak memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel dan menyifatkan sebagai negara pengganas kerana melakukan serangan secara besar-besaran terhadap rakyat Palestin di Gaza pada 2009.

Ini jelas menunjukkan istilah pengganas seharusnya digunakan secara inklusif dan bukannya eksklusif. Hal ini kerana keganasan merupakan aktiviti merentasi aliran pemikiran, pendirian politik, bangsa dan agama. Utusan
MUHAMMAD SYAKIR IDRIS
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang
Kampus Raub

Israel, AS pengganas terbesar dunia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan

Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta

Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)

RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker