Suami cedera dilanggar kereta kekasih isteri
Suami cedera dilanggar kereta kekasih isteri
SEREMBAN: Seorang lelaki nekad mempertaruhkan nyawanya untuk menghalang isteri daripada lari mengikut lelaki lain dalam kejadian pada Khamis lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, mangsa berusia 34 tahun, cedera pada pelbagai anggota badan selepas motosikalnya dilanggar ketika mengejar kereta dinaiki isterinya bersama lelaki terbabit.
Mangsa mendakwa, sejak dua minggu lalu isterinya yang juga warga Vietnam berusia 29 tahun keluar dari rumah memaklumkan mahu ke rumah kakaknya, namun selepas diperiksa wanita itu berada di Melaka.
“Kemudian pada 21 Oktober lalu isteri ada datang ke salun kami dan pada waktu saya memeriksa telefonnya sebelum mendapati terdapat perbualan dia bersama seorang lelaki terbabit dalam satu aplikasi sembang.
“Saya mengesyaki dia mempunyai hubungan dengan lelaki itu. Selepas mengetahui perkara ini saya ajak dia berbincang supaya kami bercerai dan selesaikan semua dokumen termasuk visa dan hal membabitkan salun kami,” katanya ketika ditemui, di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seremban Jaya, P Gunnasekaran.
Mangsa mendakwa, lelaki yang dikenali sebagai David itu turut datang ke salunnya pada hari sama untuk membincangkan perkara berkenaan.
“Namun saya agak terkejut kerana dia memberitahu saya, sama ada mahu menyelesaikan perkara itu menggunakan gengster atau polis. Pada masa itu dia memang menghubungi gangster untuk mengugut saya,” katanya.
Bercerita lanjut, beliau berkata, pada malam Khamis lalu isterinya menghubungi beliau untuk berjumpa di salun di Taman Thivy Jaya, dekat Rasah, bagi membincangkan hal perceraian mereka sebelum dia bergegas ke lokasi bersama seorang rakan.
“Sebaik tiba saya mendapati isteri berada di dalam sebuah kereta manakala lelaki berkenaan di luar kereta. Selepas nampak kami tiba, mereka secara tiba-tiba memecut kereta dan hampir melanggar kawan saya.
“Saya kemudiannya mengejar mereka supaya berhenti untuk berbincang sehingga ke lampu isyarat berhampiran Plaza Tol Port Dickson arah utara sejauh hampir 9 kilometer (km) sebelum dilanggar kereta itu.
“Saya bangun ke arah kereta, namun mereka mengundurkan kereta cuba melanggar saya menyebabkan saya melompat ke atas kereta sebelum terjatuh ke jalan tidak lama kemudian,” katanya.
Jelasnya, akibat kejadian dia mengalami luka pada kepala, kaki, tangan dan badan sebelum dibantu orang awam dan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk menerima rawatan.
Beliau berkata, sepanjang perkahwinan dia tidak pernah memukul anak atau isteri, namun kesal kerana wanita terbabit terpengaruh dengan lelaki dikenalinya itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai mengesahkan menerima laporan mengenai kes berkenaan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan atas kesalahan memikat wanita yang bersuami dengan niat jahat.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Faizal di talian 013-3611854 atau Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban 06-6033222. BH
Suami cedera dilanggar kereta kekasih isteri
Baca Artikel Menarik:
- Bersatu terkejut MP Gua Musang sokong Anwar lepas tolak habuan
- Graduan UniSZA sempat menatap wajah, cium ayah buat kali terakhir
- Bapa jenis apa rogol anak 105 kali
- Bomoh santau rogol remaja dalam tandas sehingga hamil
- Kapal Bersatu semakin tenggelam, siapa lagi?
- Peniaga Pasar Siti Khadijah bergaduh kerana berebut pelanggan
- Hari kemenangan Palestin akan tiba
- Boikot dosa dan maksiat yang paling utama untuk umat Islam?
- Apa jadi dengan Peja dan Chegu Bard?
- Najib, Muhyiddin bergabung, cadangan syok sendiri
- MP dari PN sokong PM hanya taktik untuk dapatkan peruntukan
- Kekejaman Zionis: Konflik paling kejam, berdarah buat kanak-kanak zaman moden
- Bersatu cuba pancing Najib?
- Kaut hampir RM1 bilion, ‘Datuk Wira’ jadi scammer selama 16 tahu tipu mangsa pelaburan
- MP PAS bengang pas media rasmi wartawan Harakah dibatalkan kerajaan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)
RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin
You must be logged in to post a comment.