Ribuan penduduk dunia turun ke jalan tuntut gencatan senjata di Gaza

Ribuan penduduk dunia turun ke jalan tuntut gencatan senjata di Gaza

Ribuan orang turun ke jalan bagi menyertai demonstrasi di bandar seluruh dunia pada hujung minggu untuk menuntut gencatan senjata segera di Gaza.

Demonstrasi pro-Palestin diadakan pada Sabtu di pelbagai bandar, termasuk Washington, DC; London; Paris; Berlin; Milan dan Dakar.

Di Turkiye, konvoi penyokong Palestin menuju ke pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di selatan negara itu untuk mengadakan protes, bertepatan dengan ketibaan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken ke Turkiye hari ini.

Di Taman Sarachane di Istanbul, penunjuk perasaan memegang sepanduk bertulis, “Blinken, rakan sejenayah pembunuhan beramai-ramai, pergilah dari Turkiye”, dengan gambar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Blinken bersama dengan tanda “X” merah di atasnya.

Di United Kingdom (UK), orang ramai mengadakan protes duduk di London yang menghalang Oxford Circus dan Piccadilly Circus, sebelum berarak dan berkumpul di Trafalgar Square.Penunjuk perasaan memegang sepanduk “Kebebasan untuk Palestin” dan melaungkan “gencatan senjata sekarang” dan “dalam ribuan kita, dalam jutaan kita, kita semua rakyat Palestin”.

Polis Metropolitan London menganggarkan kira-kira 30,000 orang menghadiri perhimpunan itu.

Polis berkata, mereka membuat 11 tangkapan, termasuk satu kerana mempamerkan plakad yang boleh mencetuskan kebencian, bertentangan dengan undang-undang keganasan.

Di Perancis, ribuan berarak di tengah Paris untuk menyeru gencatan senjata dengan sepanduk bertulis “Hentikan kitaran keganasan” dan “Tidak berbuat apa-apa, tidak berkata apa-apa adalah bersubahat.

“Ia adalah salah satu perhimpunan besar pertama untuk rakyat Palestin yang dibenarkan secara sah di Paris sejak perang bermula.

“Kami datang ke sini hari ini untuk menunjukkan solidariti rakyat Perancis bersama rakyat Palestin dan sokongan kami terhadap keamanan, untuk penyelesaian damai dua negara, negara Israel dan Palestin,” kata penjawat awam, Antoine Guerreiro, 30.

Di Jerman, kira-kira 6,500 orang berhimpun di Berlin pada waktu tengah hari untuk demonstrasi, yang menurut polis diadakan di bawah syarat ketat. Jerman sebelum ini melarang perhimpunan solidariti Palestin.

Orang ramai yang membawa bendera Palestin dan sepanduk bertulis “Hentikan pembunuhan beramai-ramai di Gaza” atau “Dari sungai ke laut – kami menuntut kesaksamaan” berkumpul di Alexanderplatz, dataran utama di tengah bandar.

Di Itali, seramai 4,000 penunjuk perasaan berarak melalui jalan di Milan untuk menyokong gencatan senjata, menurut media tempatan.

Demonstrasi di bawah slogan “Hentikan perang, tiada perkauman” berlaku seperti di dataran berhampiran, perhimpunan oleh parti Liga sayap kanan “untuk mempertahankan Barat”.

Di Senegal, orang ramai berkumpul di luar masjid pusat di Dakar, dengan sepanduk dan bendera Palestin.

“Protes ini sepatutnya berlaku minggu lalu, tetapi ia diharamkan,” lapor wartawan Al Jazeera, Nicholas Haque.

Di Amerika Syarikat (AS), puluhan ribu orang turun ke jalan di Washington, DC dalam demonstrasi terbesar sejak perang bermula pada 7 Oktober lalu.

“Saya dikelilingi lautan penunjuk perasaan, lebih ramai daripada yang saya lihat sejak perang ke atas Gaza bermula,” kata wartawan, Heidi Zhou-Castro dari Al- Jazeera.

“Penganjur menyifatkan demonstrasi ini besar, mereka menjangkakan antara 20,000 hingga 100,000 orang.

“Orang ramai di sekeliling saya bukan saja warga Arab Amerika yang berhimpun menyokong rakyat Palestin di Gaza, tetapi juga ramai rakyat Amerika dari semua lapisan masyarakat,” katanya. BH

Ribuan penduduk dunia turun ke jalan tuntut gencatan senjata di Gaza

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris

‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)

Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’

Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker