Konflik Palestin-Israel: Aktivis halang kapal tentera AS bawa senjata ke Israel
Sekumpulan aktivis pro-Palestin menyekat sebuah kapal milik tentera Amerika Syarikat (AS) selama beberapa jam di Pelabuhan Oakland kelmarin.
Portal berita The Palestine Chronicle melaporkan, kapal MV Cape Orlando itu dipercayai menuju ke Israel dengan membawa senjata dan peralatan-peralatan lain.
Diketuai oleh Pusat Penganjuran Sumber Arab yang berpangkalan di San Francisco, protes bermula awal pagi itu berlarutan sehingga ke waktu petang.
Beberapa penunjuk perasaan turut dirakam memanjat naik ke atas kapal pengangkut kontena tentera itu menggunakan tali.
“Ia adalah kapal tentera AS. Ia dijadualkan untuk berlayar ke Tacoma (Washington), memuatkan senjata tentera dan membawanya ke Israel,” kata salah seorang penunjuk perasaan, Meena Abushamala.
Penunjuk-penunjuk perasaan itu kemudian dikeluarkan dari kapal tersebut sekitar pukul 3 petang (waktu tempatan).
Tiga ahli kumpulan tersebut kemudian ditahan oleh Pengawal Pantai AS yang mempunyai bidang kuasa ke atas perairan itu. – Agensi
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Israel bedil tiga sekolah PBB tempat 20,000 penduduk Gaza berlindung
- Banyak ‘suara’ mahu PN ambil alih kerajaan – Hamzah
- ‘Kalau ibu mati, Esya jaga ayah ye’
- Baru saja kahwin semula, ini didedahkan Fizi Ali
- Momen yang dinanti Liza Hanim telah tiba
- Adi Putra kini suami Siti Sarah
- Pemancing terkejut lihat lelaki berjalan tengah laut
- Tan Sri Azman Hashim tawan Gunung Kinabalu pada usia 84 tahun
- Angelina Jolie akhirnya mengecam Zionis, kutuk pengeboman Jabalia
- Skrip Surat Dari Tuhan ajar penonton benda tak elok – Mohd. Naim
- Siap sedia untuk sebarang kemungkinan – Tok Mat
- Main kasar kau ni – Azhar Sulaiman
- Ada pihak kacau Minggu Solidariti Palestin – Fadhlina
- Shila Amzah dah ‘burnout’
- Mengeluh bayar RM420 servis kereta H
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris
Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’
You must be logged in to post a comment.