18 agensi PBB gesa gencatan senjata Gaza

18 agensi PBB gesa gencatan senjata Gaza

NEW YORK: Semua ketua agensi utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mengeluarkan kenyataan bersama bagi menyatakan kemarahan terhadap jumlah kematian orang awam di Gaza.

Menerusi kenyataan bersama itu, sesuatu yang jarang berlaku, mereka menggesa supaya gencatan senjata kemanusiaan disegerakan dalam perang antara Israel dan Hamas.



“Selama hampir sebulan, dunia memerhatikan kemelut di Israel dan Wilayah Palestin yang diduduki, menyaksikan jumlah nyawa terkorban pada kadar yang sangat mengerikan,” kata ketua PBB, Antonio Guterres.

Ketua 18 agensi termasuk Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF), Program Makanan Sedunia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan jumlah korban yang mengerikan di pihak Palestin dan Israel sejak perang bermula 7 Oktober lalu.

Lantaran itu, Israel bertindak balas dengan serangan udara dan artileri tanpa henti yang membunuh sekurang-kurangnya 9,770 orang yang juga kebanyakan orang awam, kata Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas di Gaza.

Sementara itu, di Gaza, kenyataan PBB itu memaklumkan, seluruh penduduk dikepung dan diserang dengan mereka dinafikan akses kepada keperluan untuk hidup, selain tempat tinggal, perlindungan dan hospital, malah tempat ibadat turut dibom.



Selain itu, kenyataan bersama agensi PBB turut menggesa Hamas supaya membebaskan lebih daripada 240 tebusan yang diculik dalam serangannya dan menggesa kedua-dua pihak menghormati kewajipan di bawah undang-undang antarabangsa ketika perang berlanjutan.

Pemimpin PBB itu berkata, lebih banyak makanan, air, ubat-ubatan dan bahan api mesti dibenarkan dibawa masuk ke Gaza untuk membantu penduduknya yang terkepung ketika Israel menyerang dengan matlamat ‘memusnahkan Hamas’.

“Gencatan senjata kemanusiaan diperlukan serta-merta. Sudah 30 hari. Cukup-cukuplah. Ini mesti dihentikan sekarang,” menurut kenyataan itu. BH

18 agensi PBB gesa gencatan senjata Gaza



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Famili Duo musim ketiga, Haqiem Rusli, Ariff Bahran menang lagi



Berhibur di kelab malam pakai ‘hoodie’, Fazura dakwa ianya fitnah

5 selebriti Hollywood persetankan Zionis



Melampau betul tindakan Aliff Syukri ke atas Azwan Ali

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker