Pendakwah Indonesia didakwa sebar ajaran sesat, ubah wang haram

Pendakwah Indonesia didakwa sebar ajaran sesat, ubah wang haram

Polis Indonesia mendakwa pengasas Pondok Pesantren dan Yayasan Al Zaytun, Panji Gumilang, di bawah undang-undang anti pengubahan wang haram dan kerana menyebarkan ajaran sesat.

Panji, 77, kini ditahan di bandar Indramayu, Jawa Barat, selepas dinamakan sebagai suspek penyelewengan agama, berikutan laporan bahawa sekolah pondoknya mengajar pelajar menentang ajaran Islam asas dan mempromosikan tafsiran alternatif Al-Quran.



Siasatan berasingan terhadap kegiatan pengumpulan dana dan pengurusan kewangan di yayasan miliknya sudah dimuktamadkan, dengan polis mendakwa menemui bukti penyelewengan.

Panji menggunakan sekurang-kurangnya lima identiti dan kad pengenalan berbeza, untuk membuka akaun bank bagi menerima sumbangan penderma dan bantuan kewangan pemerintah untuk pendidikan, kata pengarah bahagian jenayah khas polis Indonesia, Brigadier Jeneral Whisnu Hermawan.

“Kami melancarkan siasatan ke atas lima identiti dan akaun bank berkaitan, serta menemui ribuan transaksi,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat polis di Jakarta Selatan, lapor media Indonesia.

Selain nama kelahirannya, Panji juga menggunakan empat identiti berbeza, untuk jalankan urus niaga kewangan.



Ia termasuk Abdurrahman Rasyid Panji Gumilang, Abu Totok, Abu Ma’arif, dan Syamsu Alam, kata pegawai itu.

Jeneral Whisnu tidak menjelaskan secara terperinci jumlah wang yang terlibat dalam jenayah yang didakwa itu, atas alasan siasatan sedang dijalankan.

Pendakwah warga emas itu boleh menghadapi tuduhan tambahan pemalsuan dokumen, tetapi Jeneral Whisnu berkata pasukannya kini menumpukan perhatian kepada kes pengubahan wang haram.

Panji, yang juga ketua pesantren dan yayasan Al Zaytun itu juga dinamakan sebagai suspek penyelewengan agama dan ditahan pada 1 Ogos.



Siasatan tertumpu kepada dakwaan pondok pesantren di bandar Indramayu, Jawa Barat, membenarkan lelaki dan wanita bersolat bersama dalam saf yang sama semasa Aidilfitri.

Selain itu, wujud dakwaan premis terbabit membenarkan seorang wanita menjadi imam ketika solat berjemaah.

Terdahulu, Majlis Ulama Indonesia (MUI) menggesa pihak berkuasa menahan Panji kerana didakwa menyebarkan ajaran sesat.

Kajian MUI yang dibentangkan pada 2002 menjelaskan Pondok Pesantren Al Zaytun terdedah kepada gerakan Negara Islam Indonesia (NII).



MUI juga berkata Panji menyatakan dengan jelas, Al-Quran bukanlah kalam Allah tetapi kalam Nabi Muhammad.

“Ketiga, haji tidak perlu ke Tanah Suci, tetapi ibadah di Al Zaytun sudah memadai. Ajaran ini menghina, menyeleweng daripada syariat Islam serta menyebarkan berita yang tidak benar serta meruntuhkan akidah umat Islam,” kata MUI. BH

Pendakwah Indonesia didakwa sebar ajaran sesat, ubah wang haram

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Famili Duo musim ketiga, Haqiem Rusli, Ariff Bahran menang lagi

Berhibur di kelab malam pakai ‘hoodie’, Fazura dakwa ianya fitnah



5 selebriti Hollywood persetankan Zionis

Melampau betul tindakan Aliff Syukri ke atas Azwan Ali

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker