Kereta ‘terpacak’ dalam parit, warga emas maut

Keadaan kereta dipandu mangsa yang terjunam ke dalam longkang di Jalan Air Putih 2-Jalan Air Putih 5, Kuantan. NSTP/Ihsan Polis Trafik Kuantan

Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya terbabas dan terpacak ke dalam parit sedalam kira-kira tujuh meter di persimpangan Jalan Air Putih 2-Jalan Air Putih 5, di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata mangsa, Cheong Chee Seng, 64, berasal dari Kajang, Selangor, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, berdasarkan laporan, nahas berlaku pada jam 12.35 tengah malam membabitkan sebuah Perodua Myvi.

“Siasatan awal mendapati, mangsa dari arah Beserah menghala ke Semambu, di sini. Setiba di tempat kejadian, kereta yang dipandu mangsa dikatakan hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam parit.



“Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), untuk bedah siasat,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris

‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)



Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’

Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker