Zahid seru hentikan kecenderungan pertelingkahan
BAGAN DATUK – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyuarakan kebimbangan terhadap kecenderungan pertelingkahan dalam kalangan rakyat sejak akhir-akhir ini yang bakal menimbulkan permasalahan serta menjurus kepada pertelingkahan fizikal.
Tanpa menyebut mana-mana pihak atau isu tertentu, beliau menyeru semua pihak khususnya pemimpin politik dan kaum agar berusaha untuk tidak menimbulkan ketegangan atau provokasi dalam masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.
“Langkah pembendungan harus dilakukan, bukan dengan kaedah undang-undang dan penguatkuasaan (semata-mata), (tetapi) ia hendaklah dilakukan dengan kesedaran.
“Kesedaran ini harus dimulakan pemimpin-pemimpin iaitu jangan dan tidak harus memprovokasi mana-mana pihak sama ada seteru politik atau seteru perkauman dalam politik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Santunan Kasih Deepavali 2023 di Kompleks UMNO Bagan Datuk, di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata, walaupun ada Kementerian Perpaduan Negara, semua pihak jangan berharap hanya kementerian itu sahaja memainkan peranan untuk mewujudkan keharmonian dalam negara, sebaliknya semua rakyat terutama pemimpin politik dan pemimpin kaum, harus ada kesedaran itu.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Israel bedil tiga sekolah PBB tempat 20,000 penduduk Gaza berlindung
- Banyak ‘suara’ mahu PN ambil alih kerajaan – Hamzah
- ‘Kalau ibu mati, Esya jaga ayah ye’
- Baru saja kahwin semula, ini didedahkan Fizi Ali
- Momen yang dinanti Liza Hanim telah tiba
- Adi Putra kini suami Siti Sarah
- Pemancing terkejut lihat lelaki berjalan tengah laut
- Tan Sri Azman Hashim tawan Gunung Kinabalu pada usia 84 tahun
- Angelina Jolie akhirnya mengecam Zionis, kutuk pengeboman Jabalia
- Skrip Surat Dari Tuhan ajar penonton benda tak elok – Mohd. Naim
- Siap sedia untuk sebarang kemungkinan – Tok Mat
- Main kasar kau ni – Azhar Sulaiman
- Ada pihak kacau Minggu Solidariti Palestin – Fadhlina
- Shila Amzah dah ‘burnout’
- Mengeluh bayar RM420 servis kereta H
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris